Covid19 : Kluster Kelab Malam Di Korea Selatan - MyRating

Covid19 : Kluster Kelab Malam Di Korea Selatan


Korea Selatan pernah diiktiraf dunia sebagai sebuah contoh negara yang berjaya membendung wabak Covid-19.
Selepas selesa dengan gelaran tersebut, Korea mula melonggarkan beberapa sekatan, termasuk membenarkan semula operasi hiburan di kelab malam dan bar.
Tindakan tersebut, bagaimanapun meletakkan Seoul kembali sebagai lokasi berbahaya dengan pandemik itu dengan kemunculan kluster kelab malam di Itaewon yang terkenal dengan kehidupan malam.
Yang terbaru sudah 75 orang disyaki daripada kluster kelab malam ini positif Covid19 di Korea Selatan. Sehingga kini sudah 5,517 orang yang mengunjungi tempat yang dijangkiti dan sejumlah 2,405 sudah pun dikenalpasti. Termasuklah 28 orang pelancong daripada luar negara.
Seorang lelaki yang berusia 29 tahun yang disahkan positif Covid-19 telah dilaporkan menjangkiti lebih daripada dua dozen kes selepas menghabiskan masa di lima bar dan kelab malam pada hujung minggu lalu.

Datuk bandar Seoul, Park Woon Soon berkata jumlah kes dijangka terus meningkat, apabila sekitar 7,200 pelanggan dipercayai mengunjungi lima premis berkenaan.
“Kecuaian boleh membawa kepada letusan kes baharu.” ujarnya.
Sehubungan itu kesemua pelanggan kelab malam dan bar di lima premis berkenaan untuk tampil sendiri membuat saringan.

No comments:

Powered by Blogger.