Semalam Hantar Sampai Pintu Bas, Hari Ini Duduk Makan Bersama Gelandangan - MyRating

Semalam Hantar Sampai Pintu Bas, Hari Ini Duduk Makan Bersama Gelandangan



Banyak hikmahnya PKP ini, ibukota semakin cerah langitnya. Air makin bersih. Pasar borong yang selama ini dikuasai oleh orang asing ditawan kembali. Gelandangan yang selama ini tidur di jalanan kini terbela dan mendapat pekerjaan. 

Semua ini terjadi dengan izin Allah SWT. Dari Allah juga ujian itu datang dan Allah SWT juga hantarkan seorang Menteri yang baik hati dan cakna dengan gelandangan ini untuk selesaikan masalah ini. 




Terima kasih YB Tan Sri TPr Haji Annuar Musa, apa yang YB Menteri telah lakukan kepada golongan ini pahalanya amat besar sekali. Semalam YB hantarkan mereka naik bas untuk mendapat pekerjaan, hari ini YB duduk sama bersila, makan bersama-sama dengan mereka. 

Minum dengan minuman yang sama dengan mereka. Makan dengan nasi dan lauk yang sama dengan mereka. Bersama-sama berdoa dan berbuka dengan mereka ini. Sangat-sangat menyentuh hati melihat gambar gambar ini. 




 Bukan itu sahaja, YB Menteri juga membelikan pakaian untuk golongan ini merasai nikmat berhari raya. Gembira melihat gambar gelandangan ini mendapat baju baru untuk Aidilfitri. Di hati mereka kegembiraan itu lebih lagi. 

Moga Allah SWT membalas semua amalan baik ini. Kita sebagai rakyat Malaysia harus ikut contoh yang baik ini. Allah SWT sayang kita semua. Insyallah moga kebaikan ini dibalas dengan kebaikan juga. 





2 comments:

Powered by Blogger.