Wellnes Hub Disediakan KKM Untuk Promosi Kesihatan Kepada Komuniti Setempat - MyRating

Wellnes Hub Disediakan KKM Untuk Promosi Kesihatan Kepada Komuniti Setempat

 

Pada 12 September 2020, YB Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba telah hadir ke Majlis Pelancaran Wellnes Hub Peringkat Kebangsaan di Bagan Pinang di Port Dickson. Dalam majlis tersebut juga YB Menteri telah merasmikan pembukaan Wellnes Hub di Bagan Pinang beralamat di Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Mengenai Wellness Hub, Dr Adham berkata, fasiliti itu adalah pusat sehenti yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan promosi kesihatan kepada komuniti setempat, iaitu antara hala tuju baharu KKM di bawah pelan ‘Tawaran Baharu KKM’.

Sehingga kini, KKM telah mewujudkan 28 Wellness Hub di seluruh negara dengan kos hampir RM500,000 setiap satu. Ketika menyampaikan Majlis Amanat pada 7 Julai 2020 di Putrajaya, YB Dato’ Seri Dr Adham Baba telah melancarkan “New Deals KKM” yang merupakan satu dokumen untuk merangka halatuju baru KKM dalam setiap core business KKM.


New Deals KKM ini telah dirangka untuk tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang dengan inisiatif-inisiatif yang mempunyai teras yang sama dengan objektif dan hala tuju Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.



Antaranya adalah Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi memperkukuhkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat. Kementerian dengan bantuan Bahagian Pendidikan Kesihatan (HECC) sedang merangka satu (1) agenda iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat untuk melonjakkan taraf kesihatan rakyat Malaysia terutama bagi mengurangkan NCD merangkumi obesiti, merokok, dadah, kesihatan mental.





Terbaik YB Menteri Kesihatan, teruskan kerja demi rakyat dan negara ini. Insyallah Allah berkati perjuangan dan kerja keras YB Menteri.

#KitaMestiMenang


No comments:

Powered by Blogger.