5 Juadah Top Di Bazar Ramadhan - MyRating

5 Juadah Top Di Bazar Ramadhan

 1. Onde Onde - 5 bintang

Orang Utara panggil kuih ini kuih gula melaka. Di kawasan Lembah Klang dipanggil Onde Onde. Di Sunway Putra Mall ada satu kedai dinamakan sempena kuih ini, Onde Onde di aras 1. Kuih ini laris di bulan Ramadhan. Harganya kalau ada gula melaka penuh kat dalam boleh cecah RM0.50 sen sebiji. 


2.  Ayam Golek - 5 bintang

Kat bazar Ramadhan Pantai Dalam, ada Ayam Golek 5 Bintang, harganya cecah RM24 seekor. Di Bazar Ramadhan Putrajaya dan Bangi boleh dapat dalam RM22 seekor. Ada versi baru sekarang ini, ayam golek madu. Paling tidak tahan adalah bau ayam itu bila dibakar, kalau beli jam 4.30 petang, memang tercabar iman berpuasa. 


 3.  Roti John - 4 bintang

 Kalau hendak Roti John sedap kena beraturlah. Sambil sambil brader tu buat Roti John, boleh lupa sekejap keletihan beratur. Roti John paling sedap di Malaysia ada di Taman Warisan Putrajaya. Pergi cari Unan Roti John. Ada satu lagi yang sedap kat Nz Roti John Putrajaya. Kalau di Bazar Ramadhan Putrajaya, penuh orang beratur hendak beli Roti John ini. Bila sudah berbuka dengan Roti John tidak makan nasi pun tidak apa, rasa kenyang sangat dah. 


  4. Kuih Kerbau Guling - 4 bintang

Kuih ini nama asalnya adalah kuih hitam atau koleh hitam. Berasal dari Thailand kuih ini.  Kuih ini memang sinonim di kawasan Rantau Panjang, Kelantan. 

Diberi nama unik bila kuih berwarna hitam seolah oleh kerbau ini digolekkan di atas kelapa parut. Seolah olah macam kerbau yang tengah bergolek mandi dalam kubang sambil pakai shampoo. 

Ini punca kenapa kuih ini viral baru baru ini. Harga kuih ini RM2 sahaja. Masa gigit kuih ini rasa kuih bukan rasa daging kerbau. 



 
5.  Tepung Pelita Paya Jaras - 4 bintang

 Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras ini dijual pada harga RM3 untuk lima biji. Memang sedap kalau dimakan dengan ais kacang atau kopi o panas. Peniaga asal tepung pelita ini namanya Nadzri Taris. Baru berumur 41 tahun. 

Mula berniaga tepung pelita ini pada tahun 1999 di pasar malam Paya Jaras. Kini ada lebih 100 pekerja dan tepung pelita ini dijual lebih daripada 100 lokasi bazar Ramadhan di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. 


No comments:

Powered by Blogger.