Biarpun Naik, Harga Pos Malaysia Tetap Murah Berbanding Pesaing Yang Lain - MyRating

Biarpun Naik, Harga Pos Malaysia Tetap Murah Berbanding Pesaing Yang Lain





Sejak 1 Februari 2020, kos setem pelanggan komersial dinaikkan dari harga 60 sen kepada RM1.30.  Tiga kategori lain yang turut mengalami kenaikan tarif adalah Peti Surat Persendirian Komersial yang naik dari RM150 ke RM200, yang kedua adalah Mel Berdaftar Komersial yang naik dari 90 sen ke RM3.10 dan ketiga Mel Berdaftar Bukan Komersial yang naik dari RM0.20 kepada RM2.40.

Biarpun sudah dinaikkan harganya namun secara relatifnya harga yang ditawarkan Pos Malaysia masih lagi kompetitif dan murah berbanding pesaing pesaiang Pos Malaysia yang lain.  

Kenaikan Kos Pos Malaysia terpaksa dilakukan kerana Pos Malaysia mempunyai rangkaian perkhidmatan yang luas di seluruh negara berbanding syarikat pesaing yang hanya di kawasan kawasan tertentu sahaja.

Pos Malaysia ada 23,000 kakitangan, posmen adalah majoritinya. Kos harga 60 sen adalah terlalu murah berbanding bebanan tugas yang tinggi untuk mereka.

Lagipun kos Pos Malaysia sekarang adalah murah berbanding pesaing pesaing Pos yang lain. Sila lihat rajah di bawah ini (kadar untuk tahun 2019). Tambah sendiri dengan rate kadar baru Pos Malaysia pada bulan Februari pun masih murah lagi. Berbaloi lah pakai khidmat Pos Malaysia


Kadar tariff Pos Malaysia ini naik kerana keputusan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) yang mahu menaikkan kadar bayaran terminal melebihi 200 peratus secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun dengan permulaan 30 peratus pada 1 Januari depan.

Menerusi Mesyuarat tergempar ahli UPU pada September lalu di Geneva, Amerika Syarikat juga dijangka menaikkan kadar itu kepada 210 peratus pada Julai 2020 mengakibatkan harga penghantaran akan lebih mahal ke negara berkenaan. 

Gunakanlah perkhidmatan Pos Malaysia, boleh la juga membantu abam-abam Posmen ini nanti. Apa pun Pos Malaysia memang sentiasa terbaik.

No comments:

Powered by Blogger.