Ketangkasan Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Selamatkan Pesakit Dipuji
Dalam rancangan temubual bersama TV1 pada
30 Jun 2020, YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba memuji tindakan
pantas kakitangan Hospital Sultanah Aminah dalam menyelamatkan pesakit dalam
kes kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Ketika ditanya tentang kes kebakaran yang berlaku di
Hospital Sultanah Aminah, berikut adalah jawapan yang diberikan YB Menteri
Kesihatan ;
“Kita harus memberi pujian yang tinggi
kepada kakitangan hospital terutamanya di wad yang terlibat tersebut. Terdapat
24 pesakit dalam wad yang terbakar, pihak kakitangan telah menggunakan
pengalaman dan didikan emergency respond team untuk menanggani kebakaran yang
berlaku sebelum pihak bomba datang”.
“Apabila pihak bomba datang, dengan pantas
kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Saya berada di sana untuk melihat dan
meninjau kedudukan pesakit-pesakit yang telah dipindahkan ke wad-wad lain di hospital
tersebut dan keadaan mereka stabil”.
“Ini menunjukkan bahawa kita perlu selalu
waspada pada elemen-elemen yang melibatkan elektrikal lama di hospital-hopital
di negara ini. Untuk itu, saya telah mengarahkan supaya diaudit dan dilihat
semula elektrikal di hospital dan pusat kesihatan di seluruh negara.
YB Menteri Kesihatan turut ditanya tentang
situasi semasa Covid-19 di negara ini yang sudah mencatatkan angka satu digit
sahaja ketika ini.
“Kita mencatatkan kes baharu hanya tiga semalam.
Kalau kita lihat trend ini ianya sudah menjadi angka satu digit dan seterusnya
kita mahu supaya rakyat semuanya bertindak sebagai frontliner dan mengamalkan
kebiasaan baharu dalam kehidupan
“Kita ada 182 kes Covid-19 positif yang
masih dirawat di hospital. Ini satu jumlah yang kecil berbanding angka ketika
gelombang kedua dahulu. Satu prestasi yang sangat baik dan ini semua kesan
kepatuhan rakyat dan ketangkasan frontliners kita untuk berhadapan dengan
Covid-19. Terima kasih”
YB Menteri Kesihatan turut ditanya dengan
situasi anak-anak yang akan bersekolah dan beliau menyatakan Kementerian
Kesihatan telah membuat persiapan awal dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memulakan sesi pada 24 Jun lepas kepada mereka yang dikenalpasti dalam kategori
“most not vunerable”.
Menteri Kesihatan menegaskan Kementerian
Kesihatan mahu memastikan golongan warga emas dan kanak-kanak ini diberi
perhatian yang tinggi. Kementerian Kesihatan telah membuat guideline dan SOP
untuk dipatuhi Kementerian Pendidikan Malaysia.
No comments: