Pos Malaysia Umum Kadar Baru Setem & Bungkusan - MyRating

Pos Malaysia Umum Kadar Baru Setem & Bungkusan


Kadar setem untuk rakyat kekal 60 sen, tidak naik. Yang naik hanya kadar komersial sahaja iaitu dari 70 sen ke RM1.30 sen.

Dalam satu kenyataan media pada hari ini, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos berikutan keputusan kerajaan untuk meluluskan kadar pos baharu yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2020. Kali terakhir kadar pos dikemaskini adalah pada tahun 2010.

Ini adalah seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar
antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU) baru-baru ini yang telah mengubah
landskap industri pos global dan ini mendorong syarikat untuk mentransformasikan sistem pos bagi mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi.

Pos Malaysia akan terus menawarkan kadar pos yang berpatutan untuk pengguna mel individu dan pelanggan bukan komersial dengan kadar setem semasa yang bernilai 60 sen.

Kadar pos yang baharu ini hanya melibatkan mel berdaftar, mel komersial dan bungkusan kecil di bawah 2kg. Ini kerana 95% daripada jumlah pengguna mel dalam negara merupakan pelanggan komersial Pos Malaysia, manakala hanya 5% terdiri daripada pengguna mel individu.

Para pelanggan komersial Pos Malaysia yang terdiri daripada sektor perbankan,
telekomunikasi dan peruncitan juga telah menyatakan sokongan terhadap kadar pos yang baharu kerana kadar ini adalah berpatutan dan memberi impak yang minima terhadap operasi perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad Syed Md Najib Syed Md
Noor berkata, "Kadar pos baharu ini akan membolehkan syarikat mengendalikan kos dengan lebih berkesan untuk menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 9 juta alamat di seluruh negara dalam memenuhi Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO).

Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menyelaraskan pertumbuhan syarikat seiring dengan perkembangan ekonomi digital melalui penerapan inovasi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

Pelan pertumbuhan yang agresif adalah perlu supaya syarikat kekal relevan dalam industri yang menuju kearah era Revolusi Industri 4.0.”

Pos Malaysia akan terus meningkatkan pelaburan di dalam infrastruktur digitalisasi dan eDagang yang merupakan sebahagian daripada agenda transformasi syarikat demi meningkatkan prestasi Pos Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan pos dengan jangkauan terluas di negara ini.

"Digitalisasi adalah penting untuk memacu perniagaan syarikat ke hadapan dan ini jelas dapat dilihat melalui peningkatan penggunaan telefon pintar dalam Malaysia yang melebihi 100%, satu pencapaian yang membanggakan oleh kerajaan dalam meningkatkan ekonomi digital

Malaysia. Sektor eDagang di Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak 30% pada tahun 2020. Justeru, Pos Malaysia perlu dilengkapkan dengan perkembangan teknologi terkini untuk menerajui pasaran dan menjadi pusat Dagang untuk negara," kata Syed Md Najib.

Selain daripada kadar pos domestik, perkhidmatan pos antarabangsa juga mengalami peningkatan bagi kos penghantaran ke negara destinasi sehingga 30% untuk bungkusan kecil di bawah 2kg, bermula Januari 2020.

Ini adalah sejajar dengan keputusan Kongres Khas UPU yang telah diadakan di Geneva pada September 2019, dimana ia memberi kesan kepada operator perkhidmatan pos seluruh dunia.

Senarai penuh kadar dan struktur pos terkini boleh didapati di laman sesawang rasmi kami di www.pos.com.my dan pejabat pos di seluruh negara

No comments:

Powered by Blogger.