Kata Kata & Pesanan Mat Kilau Yang Amat Penting Untuk Kita Fahami - MyRating

Kata Kata & Pesanan Mat Kilau Yang Amat Penting Untuk Kita Fahami


Tengok Wayang Jap Bersama Al-Khalidi & Review Saya Terhadap Filem Ni - Saya Bagi 7 Bintang : Mat Kilau Seorang Pahlawan Yang Bersufi, Bertasawwuf, Berihsan Dan Bertariqat An-Naqsyabandi..


Kekuatan Kerohanian Beliau Berdasarkan Ajaran Mursyid Beliau Tok Gajah Sehingga Wujud Beberapa Karomah Dalam Pertempuran Dengan Kuffar Penjajahan British..


Filem Ini Memperlihatkan Jiwa Pahlawan Melayu Sufi Yang Utamakan 'Faham Sebelum Gerakan', Yang Utamakan 'Fikir Sebelum Tindakan', Yang Utamakan 'Zikir Sebelum Serangan'.. 


Strategik Diutamakan Berbanding Tindakan Semberono Antaranya Mereka Mengasingkan Diri Berkhalwah Sehingga Tidak Dijejaki Oleh Penjajah Dalam Mempertahankan Tanah Air Semata-Mata Mempertahankan Agama Yang Utama..


Konsep Tawajjuh Dengan Pelurusan Hati Semata Kerana Allah SWT Dalam Mempertahankan Tanah Air Sempat Menitiskan Air Mata Ini Kerana Ketauhidan Yang Tinggi..




Kalam Beliau "Kita Berjuang Bukan Untuk Menang Di Mata Manusia, Tetapi Kita Berjuang Atas Perintah Allah, Dan Itulah Kemenangan Hakiki"..


Mengangkat Tema 'Kebangkitan Pahlawan' Secara Tekstual Namun Sebenarnya Lebih Besar Secara Kontekstualnya Mengangkat 'Bangsa Bertauhid Dan Bangsa Berihsan'..


Sehingga Keluar Kalam Beliau “Tegakkanlah Kebenaran Walaupun Ianya Pahit Ditelan Kerana Dunia Ini Akan Rosak Jika Manusia Membela Kebenaran Bila Ianya Berniat Menguntungkan Dirinya Sahaja"..


Secara Zahirnya Menentang Penjajahan, Namun Secara Bathinnya Menentang Kekufuran Dalam Menegakkan Akidah Al-Asyairah, Bersyariat As-Syafiiyyah Dan Bertariqat Naqsyabandi..

 

Kini Perjuangan Bukan Dengan Senjata Lagi Tetapi Ia Dengan Akal Fikiran Ideologi Namun Semangatnya Sama Dalam Menegakkan Kebenaran & Ketaqwaan.. Kebenaran Mainstream Autoriti Ulama' Ahli Sunnah Wal Jama'ah Dalam Membasmi Fahaman Songsang Khawarij, Syiah, Wahabi, Muktazilah, Liberalisme, Pluralisme Dan Ajaran Songsang Lain Dalam Menggapai Ketaqwaan Kepada Allah..


"Kekuatan Orang Melayu Bukan Terletak Kepada Senjatanya, Tetapi Kekuatan Orang Melayu Terletak Kepada Ketaqwaannya Kepada Allah"..


Jiwa Melayunya Kental Dan Padu Kerana Dia Berjiwa Sufi Sehingga Dia Berkata :

“Aku Rela Mati Semasa Bertempur Dengan Penjajah Daripada Menyerah Dan Mati Di Tali Gantung Mereka.. Jaga Agama, Jaga Bangsa Dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara".. 


Slogan ABATA ا ب ت Itu Menifestasi Agama (Islam), Bangsa (Melayu) Tanah Air (Tanah Melayu).. Perjuangannya Selaras Konsep Akidah-Syariat-Hakikat..



Perlu Perbanyakkan Lagi Filem Seperti Ini Yang Mengangkat Tema Figura Sufi Yang Bertariqat Antaranya Tok Ku Paloh Al-Naqsyabandi, Tok Kenali As-Syatariyyah, Tok Janggut, Tok Gajah An-Naqsyabandi, Dato' Bahaman An-Naqsyabandi, Haji Abdul Rahman Limbong As-Samaniyyah, Mat Salleh Sabah, Kiyai Salleh Selendang Merah,  Syeikh Said Al-Linggi Al-Ahmadiyyah Dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy An-Naqsyabandi Sebagai Mengangkat Tema Ukhrawi Destinasi Seterusnya Selepas Di Dunia..


Akhirnya Kalam Bermakna Beliau Yang Tembus Ke Hati Ini "Jikalau Hidup Ini Kerana Duniawi Sahaja Bukan Ukhrawi, Maka Nescaya Ia Tidak Bermakna"..


Selepas Keluar Pawagam, Hati Ku Terdetik "Setiap Nafas Adalah Dia Al-Haq Lillahi Ta'aala".. Hati Sufi Itu Hanya Memandang Dia..


Emang Galileo

Sufi Al-Khalidi

No comments:

Powered by Blogger.