Kasihanilah Abang Abang Posmen Ini Wahai MCMC - MyRating

Kasihanilah Abang Abang Posmen Ini Wahai MCMC




Kenapa perlu kasihani abang-abang Posmen? Ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM (MCMC) yang berkuasa untuk meluluskan Lesen Kurier dan Pos di Malaysia. Mengikut maklumat di laman web MCMC, setakat Januari 2020, terdapat 116 syarikat yang telah diluluskan lesen ini oleh MCMC. 

Dalam senarai syarikat tersebut, terdapat 40 syarikat diberikan lesen A, 47 syarikat lesen B dan sejumlah 38 syarikat mendapat lesen C. Hampir 70 syarikat ini mendapat lesen pada tahun 2018 daripada MCMC. Setiap lesen tempohnya adalah selama tiga tahun. 

Sewajarnya, MCMC tidak mengeluarkan terlalu banyak lesen Kurier dan Pos. Jumlah 116 syarikat yang memiliki lesen ini adalah terlalu banyak. MCMC perlu melihat semula keluasan liputan alamat yang diberikan oleh setiap syarikat  kurier terbabit. 

Lebih baik MCMC fokus untuk membantu Pos Malaysia meluaskan liputan rangkaian di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak yang mana MCMC turut membantu dalam usaha mewujudkan Posmen Komuniti di sana. 

Meluluskan terlalu banyak lesen kepada syarikat ini akan menekan Posmen - Posmen yang bekerja dengan Pos Malaysia ini. Kenapa? Persaingan daripada syarikat-syarikat lain ini telah mengurangkan volume penghantaran mel dan bungkusan Pos Malaysia.

Pos Malaysia lah yang perlu diberikan prioriti sebagai syarikat pos utama di negara ini dalam keadaan ekonomi yang mendesak sekarang ini. Berikan sedikit nafas kepada Pos Malaysia dan jangan menekan Pos Malaysia dengan meluluskan terlalu banyak lesen kurier kepada terlalu banyak syarikat baru. 




Posmen yang bersama dengan Pos Malaysia ini terpaksa menghantar bungkusan dan surat ke tempat yang jauh. Malah di kawasan pedalaman pun Posmen Komuniti menghantar surat menggunakan kuda dan berjalan kaki hingga ke Gunung Kinabalu. 

Pos Malaysia melakukan semua ini kerana ini adalah tanggungjawab dan amanah kepada negara. Posmen-posmen ini melakukan tugas dengan penuh dedikasi dan komited demi rakyat. Jauh berbeza rasanya antara Posmen -Posmen ini dengan penghantar bungkusan syarikat komersial yang lain. 




Gambar di atas memaparkan bagaimana Pos Malaysia menunjukkan kesungguhannya untuk memberikan khidmat kepada masyarakat. Sampai di atas Gunung Kinabalu pun ada perkhidmatan Pos Malaysia. 

Pos Laju adalah "courrier arm" kepada Pos Malaysia. Inilah bisnes yang banyak tolong Pos Malaysia. Namun sekarang disebabkan jumlah bungkusan yang makin menurun kerana persaingan daripada syarikat-syarikat baru yang mendapat lesen dari MCMC ini. 

Syarikat-syarikat lain ini tidak perlu patuh pada obligasi yang ditetapkan oleh Universal Service Obligation (OSA), tetapi Pos Malaysia perlu patuhi dan perlu memberikan khidmat di seluruh negara. 

MCMC perlu membantu Posmen Posmen ini dengan membantu dan menolong Pos Malaysia. Tidak perlu luluskan terlalu banyak syarikat untuk mengendalikan surat dan bungkusan di negara ini. 

Fokus pada syarikat yang benar-benar komited sahaja dengan tugas ini. Lihat kembali syarat kelulusan dan kesungguhan syarikat-syarikat ini sebelum meluluskan lesen mereka. 

Baik pihak kerajaan fokus untuk memantapkan Pos Malaysia yang kini sudah ada 3,800 touch points di seluruh negara. Kasihanilah abang abang Posmen yang baik-baik ini, wahai MCMC. 


No comments:

Powered by Blogger.