Kesebelasan Pemain Malaysia Bila Liridon Masuk Nanti - MyRating

Kesebelasan Pemain Malaysia Bila Liridon Masuk Nanti



Inilah ramalan barisan kesebelasan utama yang boleh Tan Cheng Hoe turunkan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al-Maktoum di Dubai, 26 Mac ini.
Brendan yang mengumpul dua kad kuning masing-masing ketika aksi bertemu UAE di Bukit Jalil pada 10 September lalu dan menentang Indonesia juga di venue sama 19 November, terpaksa diketepikan dengan Liridon kemungkinan menjadi pilihan. 
"Brendan tak boleh main (lawan UAE) pasal penggantungan dua kad kuning. Soal dia (Liridon gantikan tempat Brendan) saya tak boleh jawab kerana ia terpulang kepada jurulatih.
“Kalau jurulatih rasa Liridon boleh menggantikan, maka gantilah dia. Kalau Liridon ini tak boleh ganti, jadi tak boleh mainlah.
“Mungkin dia akan mula main dalam perlawanan akan datang. Kita pun tak tahu macam mana perancangan jurulatih, masa lawan UAE ini, terserah kepada jurulatih sepenuhnya,” kata Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. 

Sebagai seorang pemain tengah, Liridon dijangka digandingkan dengan Baddrol Bakhtiar dari Kedah di barisan tengah. Kenapa Baddrol menjadi pilihan pertama? Ini kerana keserasian Liridon dengan Baddrol sudah lama terbentuk sejak berada di pasukan Kedah lagi. 
Jika Tan Cheng Hoe mahu mencuba pemain lain mungkin Nor Azam Azih atau Syamer Kutty akan berada di posisi itu bergandingan dengan Liridon. Di bahagian pertahanan, posisi ini dijangka tidak banyak berubah bila Aidil, Shahrul, Corbin Ong dan Matthew dijangka mengisi empat slot di bahagian defend. 
Di bahagian serangan dan sayap, Tan Cheng Hoe perlu meletakkan Akhyar, Sumareh dan Safawi dan memanggil Luqman Hakim untuk mencetak gol di bahagian atas. 
Separuh masa kedua barulah masukkan Syafiq Ahmad dan Mat Yo untuk letihkan jentera serangan UAE. Inilah formula yang Thailand gunakan untuk kalahkan UAE di Bangkok. 
Liridon, 28, sebelum ini menerima taraf kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara selepas melepasi proses penaturalisasian dan kini tinggal selangkah untuk menyarung jersi Harimau Malaya. 
Tak sabar nak tengok aksi Liridon nanti. 

No comments:

Powered by Blogger.