Berapa Nilai Facebook Stars Yang Diberikan Viewer Kepada Streamers? - MyRating

Berapa Nilai Facebook Stars Yang Diberikan Viewer Kepada Streamers?


Beberapa hari lepas, MyRatiing ada menulis tentang streamer yang mendapat gaji bulanan hingga berbelas ribu dengan hanya bermain games sahaja. Bagaimana mereka dapat gaji? Gaji mereka adalah dengan menukarkan 10,000 facebook stars yang mereka dapat menerusi viewers kepada nilai wang. 10,000 stars adalah bersamaan dengan USD$300 (RM1,230). 

Apakah stars yang diberikan oleh viewers itu percuma?

Pada 25 Jun 2018, Facebook memperkenalkan satu features baru untuk membolehkan penyokong memberikan sesuatu kepada gamers / streamers yang mereka suka. Facebook Stars diperkenalkan untuk viewers menghantar Stars dan mesej kepada streamers ketika sedang bermain games. 

Berapakah nilai setiap star yang diberikan oleh viewers itu? Ada yang beri 10 star, ada yang beri 15 star dan ada yang pemurah beri 50 star kepada streamers. Apakah star yang diberikan itu adalah percuma dan tidak perlu dibayar? 

Ianya tidak percuma. Viewers kena beli star tersebut berdasarkan harga di bawah ini: 

1) 95 stars      = $1.99 atau RM8.15 (kadar tukaran RM4.1)
2) 250 stars    = $4.99 atau RM20.45
3) 530 stars    = $9.99 atau RM40.95
4) 1,200 stars = $19.99 atau RM81.95
5) 3,000 stars = $49.99 atau RM204.95
6) 6,400 stars = $99.99 atau RM409.95

Banyak jugakan belanja yang viewers keluar untuk sokong streamer kesukaan mereka. Terbaiklah. Jadi streamer yang baik akan selalu menjaga dan menghargai semua viewer mereka. Jika hilang viewer maka hilanglah pendapatan mereka. 






No comments:

Powered by Blogger.