Ranking Facebook Page Menteri Besar & Ketua Menteri Di Malaysia, Menteri Besar Terengganu Dahului
Menurut statistik dari DataReportal, pengguna Facebook di Malaysia pada tahun 2025 adalah sejumlah 23.1 juta orang. Dari segi kedudukan aplikasi yang popular, Facebook berada di tempat ketiga di belakang Whatsapps dan Youtube.
Statistik yang dicerap oleh DataReportal ini juga menyatakan Facebook menguasai 66% daripada pengguna internet di Malaysia. Manakala berdasarkan pecahan jantina, lelaki masih lagi ramai iaitu 55.8% berbanding wanita 44.2%.
Facebook masih lagi popular di kalangan mereka yang berusia 35 tahun ke atas dan rata-ratanya mereka ini adalah mereka yang ada kuasa beli tinggi berbanding had umur yang lain serta boleh membuat keputusan dalam sesebuah komuniti dan keluarga.
Myrating telah membuat cerapan terhadap kedudukan ranking Facebook Page Menteri Besar & Ketua Menteri Di Malaysia pada 13 Februari 2024, kira-kira hampir 20 bulan yang lepas. Kedudukan adalah seperti berikut ;
Menteri Besar Terengganu mendahului dengan 375,000 followers, Menteri Besar Kedah di tempat kedua dengan 302,000 followers dan terbawah adalah Menteri Besar Perlis dengan 16,000 followers.
Baca artikel sebelum ini, https://myratiing.blogspot.com/2024/02/ranking-tik-tok-menteri-besar-ketua.html
Berdasarkan analisis terbaru pada Ogos 2025, kedudukan tempat pertama hingga tempat ke-8 masih lagi tidak berubah. Menteri Besar Perak naik ke kedudukan ke-9 dengan pertambahan followers yang ramai iaitu sejumlah 18,000 orang menjadikan akaun Saarani Mohamad memintas kedudukan Abang Jo, Premier Sarawak yang jatuh dari kedudukan ke-9 ke tempat ke-10.
Dengan menggunakan akaun bernama Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, MB Terengganu masih lagi di kedudukan pertama dengan sejumlah 421,000 followers dengan pertambahan followers sejumlah 45,000 dalam tempoh 20 bulan ini.
Di tempat kedua adalah Menteri Besar Kedah dengan sejumlah 387,000 followers dan pertambahan followers yang tertinggi dengan sejumlah 85,000 orang followers.
Di tempat ketiga adalah Menteri Besar Selangor dengan sejumlah 224,000 follower dan pertambahan followers sejumlah 7,000. Di tangga ke-4 adalah Menteri Besar Johor dengan sejumlah 225,000 followers dan pertambahan followers sejumlah 31,000 followers. Di tangga kelima adalah Dato Seri Wan Rosdy dengan 137,000 followers dan pertambahan followers sejumlah 14,000 followers.
Di tempat ke-11 adalah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang menambah followers sejumlah 20,000 dalam tempoh 20 bulan ini. Terus naik dari kedudukan paling bawah iaitu nombor 13 ke kedudukan ke-11.
Paling bawah adalah akaun Facebook Page Menteri Besar Kelantan dengan hanya 28,000 followers dan bertambah sejumlah 8,000 followers sahaja. Kedudukan penuh Ranking Facebook Page Menteri Besar & Ketua Menteri bagi bulan Ogos 2025 adalah seperti berikut ;
No comments: