Kerana Bapa Saudaranya Bekas Posmen, Gadis Ini Minat Kerja Dengan Pos Malaysia. - MyRating

Kerana Bapa Saudaranya Bekas Posmen, Gadis Ini Minat Kerja Dengan Pos Malaysia.


Sebelum ini kita melihat viral seorang lelaki yang berpakaian Pos Malaysia menyanyikan lagu mengantuk mengantuk menerusi Tik Tok. Semalam ada seorang gadis berbaju Pos Malaysia melakukan Tik Tok juga, inilah gadis tersebut.

Mengikut jejak langkah bapa saudaranya. Kini Nur Shaza Aqilah pula berkhidmat dengan Pos Malaysia. Nur Shaza Aqilah kini bertugas di salah sebuah pejabat Pos Malaysia di Sungai Petani. Gadis ini berkelulusan daripada UiTM Merbok Kedah dalam bidang pentadbiran.

Lebih senang dipanggil dengan nama Sha, gadis ini mula bertugas di Pos Malaysia sejak 4 tahun yang lalu. Mengikuti jejak bapa saudaranya yang juga bekas Posmen di Pejabat Pos Kulim.

Abangnya juga bekerja dengan Pos Malaysia di pejabat Pos Batu Gajah, Perak. Memang betul-betul keluarga Pos Malaysia ini. Ketika ditanya apakah pengalaman manis bekerja di Pos Malaysia sejak 4 tahun yang lepas, Sha menyatakan dia bertuah kerana mendapat rakan yang baik baik di pejabatnya.


Salah seorang kawan baiknya dan juga kakak angkatnya iaitu Nor Ain Long yang bertugas di Pejabat Pos Tesco Utara, Sungai Petani. Sikap sporting dan mesra rakan rakan di Pos Malaysia yang membuatkan Sha seronok bertugas di Pos Malaysia.

Ketika ditanya apa hobinya di masa lapang, Sha menyatakan yang dia minat untuk menjadi model baju, kasut dan handbag di masa lapang. Ini salah satu gambarnya memperagakan baju keluaran terbaru daripada salah sebuah butik di Utara tanahair.



Selain itu, Sha suka melancong ke luar negara. Paling menarik ujar Sha adalah ketika dia melancong ke Thailand. Makanan di sana sedap-sedap katanya. Sha juga pernah di Singapura dan suka pemandangan yang cantik di pulau Singa itu.

Di masa akan datang, Sha mengimpikan untuk pergi ke Indonesia dan Turki jika ada kelapangan. Mengakhiri perbualan Sha dengan Friends of Posmen, Sha menyampaikan sedikit ucapan semangat buat semua abang-abang Posmen di seluruh Malaysia.




“Semoga abang-abang Posmen dan semua warga Pos Malaysia akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi semua dugaan untuk tahun 2020 ini. Teruskan berkhidmat untuk rakyat dan keluarga. Insyallah” ucap Sha.

No comments:

Powered by Blogger.