Bila Liverpool Boleh Bergelar Juara EPL? Ini Kiraannya - MyRating

Bila Liverpool Boleh Bergelar Juara EPL? Ini Kiraannya



Liverpool berpeluang dinobatkan sebagai juara Premier League musim 2019-20 ketika bertemu dengan Manchester City .

Ahad lalu Liverpool berjaya menang keatas Manchester United 2-0 di Anfield dan berjaya menjarakkan diri dengan pesaingnya terdekatnya  iaitu Manchester City. Semalam menang lagi dengan Wolves, 2-1.

Hasilnya Liverpool kini mengumpul 67 mata daripada 23 perlawanan. Mereka kini 16 mata di depan Manchester City di tempat kedua.

Kemenangan itu juga menjadikan Liverpool kini 33 mata di depan Manchester United. Pasukan Ole Gunnar Solskjaer kini menduduki tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.





Liverpool kini masih berbaki 15 perlawanan dalam peringkat Liga Perdana. Sementara itu, Manchester City hanya berbaki 14 perlawanan.

Jika City boleh menang dalam kesemua baki 14 perlawanan, maka mereka akan mengumpul sejumlah 90 mata. itu bermakna Liverpool kini memerlukan setidaknya 27 mata bagi merebut gelaran juara Liga Perdana untuk musim ini.

Itu bermakna mereka memerlukan 9 lagi kemenangan. Sekiranya Liverpool terus menang dalam 9 perlawanan, skuad bimbingan Klopp akan dinobatkan sebagai juara liga pada 4 April 2020 (bakal tarikh keramat).

Secara kebetulan pada masa itu, The Reds bakal bertemu The Citizen. Kedua-duanya akan bertembung di Stadium Etihad. Boleh jadi ini bakal menjadikan pertembungan mereka sebagai pertembungan keramat bagi merebut gelaran juara.

Jika senario itu berlaku, maka Liverpool akan dinobatkan sebagai juara awal dengan berbaki enam perlawanan. Ini juga bermakna mereka dapat mengalahkan rekod yang pernah dimenangi oleh Manchester United sebelumnya.

United sebelum ini pernah memenangi pertandingan dengan berbaki lima perlawanan pada musim 2000-01 dan terus dinobatkan sebagai juara.

Walau bagaimanapun, senario itu pastinya akan berubah sekiranya saingan terdekat Liverpool, Manchester City dan Leicester City terus mengalami kekalahan.

Jika Manchester City secara khususnya terus kehilangan mata dan Liverpol terus menang di setiap perlawanan, maka pada 14 Mac ini mereka sudah boleh dinobatkan sebagai juara Liga Perdana di Goodison Park. atau jika City terus drop point lebih manis jika Liverpool menjadi juara ketika menentang Crystal Palace di Anfield pada 21 Mac 2020 ini. 


No comments:

Powered by Blogger.