Firmino Kena Ingat, Jangan Jadi Macam Coutinho - MyRating

Firmino Kena Ingat, Jangan Jadi Macam Coutinho



Minat sungguh ya Bayern Munich ni dengan produk-produk dari Liverpool. Dulu sebelum Raheem Sterling dibeli oleh Manchester City pada tahun 2014, Bayern Munich pun ada ura-ura nak beli Raheem tapi sekadar plan "B" kalau tak dapat Mario Gotze dan penyerang Poland, Robert Lewandowski. 

Bila dah dapat Lewandowski, Bayern tak jadi beli Raheem. Kemudian baru-baru ni, Barcelona bagi Bayern Munich loan kejap Coutinho. Bayern guna Coutinho sekejap ja, 19 games dan "The Magician" itu hanya jaringkan 6 gol sahaja untuk Bayern. Satu prestasi yang bukan magik pun bagi Bayern. 

Terus Bayern tak nak Coutinho dan nak hantar dia balik ke Barcelona. Kesian Coutinho, nak sangat keluar dari Liverpool, itulah nasib dia. Barcelona pun tak nak dia. 

Terbaru, Bayern Munich dilaporkan cuba menawarkan bidaan besar untuk cuba memujuk Roberto Firmino meninggalkan Liverpool.

Gergasi Jerman itu mencari pemain pada tahap elit bagi menggantikan penyerang Robert Lewandowski, dan dikatakan memberi fokus kepada pemain No 9 Brazil di Anfield itu.

Firmino, 28, mahu dibeli bagi digandingkan dengan Lewandowski, selain menyediakan ruang untuk seorang lagi sasaran utama musim panas, Leroy Sane, lapor The Sun.


Sane dah memang nak blah Manchester City dan dijangka berpindah ke Jerman musim panas lalu tetapi kecederaan ketika Piala Komuniti menghalangnya.

Pemangku pengurus Bayern, Hans Flick berkata, dia begitu mengagumi Firmino, yang menjadi komponen utama tiga serangan prolifik Jurgen Klopp di Liverpool.



Dilaporkan Bayern bersedia menguji Liverpool dengan menawarkan £75 juta (RM400 juta). Firminno kena ingat nasib yang menimpa rakannya dari Brazil, Coutinho di Barcelon dan Bayern. 

Tak pergi ke mana pun main di sana. Alih-alih Coutinho mahu dijual dengan harga diskaun yang rendah kepada Liverpool kembali. 

Ingatlah Firmino, baik menangis menjulang kemenangan di Liverpool dari menangis tak tahu nak main dengan kelab mana seperti Coutinho. Bayern ni bukan boleh caya sangat, silap-silap mereka sengaja je nak ganggu Liverpool menang lagi 6 games EPL ni. Saje je nak pancing pemain Liverpool. 


No comments:

Powered by Blogger.