Posmen Ini Jadi Hero, Bantu Pihak Polis Tangkap Penjenayah - MyRating

Posmen Ini Jadi Hero, Bantu Pihak Polis Tangkap Penjenayah


Kira-kira dua bulan lepas, Friend of Posmen telah menyiarkan satu video berdurasi 45 saat yang memaparkan keberanian seorang Posmen membantu pihak polis untuk menahan seorang tahanan yang terlepas daripada pihak keselamatan. 

Berikut adalah caption pada video yang disiarkan pada dua bulan lepas ;


Tahanan terlepas dari pihak polis, nasib baiklah ada abam posmen ini. Dia tolong tangkap balik tahanan ni, nasib baik. Terbaiklah abam posmen ni. Ambil semangat keperwiraan Batman Abam Posmen ni


Lokasi kejadian : Kuala Kangsar

Video penuh adalah di bawah ini ;





Ramai netizen memuji tindakan berani Posmen tersebut yang bertindak pantas membantu pihak polis untuk menahan semula tahanan tersebut. Namun ramai tidak tahu identiti sebenar Posmen yang menjadi hero di Kuala Kangsar tersebut. Nak tahu?

Posmen tersebut adalah Mohammad Syeikqul Bin Mazelan, juga bertugas sebagai posmen di Kuala Kangsar. Syeikhqul telah mendapat beberapa pengiktirafan oleh pihak majikannya sendiri iaitu Pos Malaysia. 

Pada 15 September 2019, Syeikqul atau lebih dikenali sebagai Cekol telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Pos Malaysia (gambar pertama di atas).

Syeikhqul juga turut menerima penghargaaan daripada pihak polis atas tindakan beraninya itu. Dalam satu majlis penghargaan pada 20 Ogos 2019, Cekol mendapat Sijil Penghargaan daripada pihak Polis Diraja Malaysia. 


Cekol yang suka mendaki gunung ganang dan minum kopi Costa adalah contoh seorang posmen yang penuh dedikasi dan komited pada tugasnya. Sikap terpuji Cekol membantu pihak berkuasa ini terus mendapat pujian daripada orang ramai. 

Sifat terpuji yang perlu diteladani dan dijadikan contoh oleh seluruh rakyat Malaysia. Inilah satu contoh Posmen adalah kerjaya yang cukup mulia, Biarpun gaji Posmen masih lagi belum dinaikkan ke tahap sepatutnya, namun pengorbanan dan jasa kerjaya nombor dua paling tua di negara ini terhadap rakyat adalah terlalu besar. 


Tabik buat Cekol dan seluruh abang abang Posmen yang telah banyak berbakti kepada negara ini. Teruskan tugas terpuji anda. 





No comments:

Powered by Blogger.