Hadis Nabi Pernah Berpesan Mengenai Wabak Penyakit Seperti Coronavirus Ini - MyRating

Hadis Nabi Pernah Berpesan Mengenai Wabak Penyakit Seperti Coronavirus Ini



1. Epidemik bermaksud keadaan wabak sesuatu penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Dalam istilah arab ia dikenali dengan Taun. Dalam konteks istilah moden ia diberikan dengan pelbagai nama berdasarkan tabiat dan simptomnya yang pelbagai seperti SARS, H1N1, MERS-cov, e-bola dan terbaru adalah satu wabak yang dikenali sebagai Novel Coronavirus yang dikatakan mula merebak di Wuhan China.

2. Wabak penyakit epidemik ini telah dijelaskan oleh Nabi Sallallahu’alaihiwasallam sebagai satu bentuk sisa azab yang pernah diutuskan Allah kepada umat terdahulu. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah menjelaskan dalam Kitabnya بذل الماعون في فضل الطاعون di bawah fasal pertama iaitu: في بيان كونه زجرا على من مضى “ Fasal Pada menjelaskan bahawa wabak Taun ini adalah kemurkaan(Azab) terhadap golongan terdahulu”. Kemudian beliau membawakan hadith riwayat Imam Ahmad:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ قَالَ كُنْتُ بِالْمَدِينَةِ فَبَلَغَنِي أَنَّ الطَّاعُونَ بِالْكُوفَةِ قَالَ فَذَكَرَ لِي عَطَاءُ بْنُ يَسَارٍ وَغَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَذَا الْحَدِيثَ قَالَ فَقُلْتُ مَنْ يُحَدِّثُهُ قَالَ فَقَالُوا عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ وَكَانَ غَائِبًا قَالَ
فَلَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ بْنَ سَعْدٍ قَالَ فَسَأَلْتُهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ يُحَدِّثُ سَعْدًا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ هَذَا الْوَجَعَ رِجْسٌ وَعَذَابٌ أَوْ بَقِيَّةُ عَذَابٍ حَبِيبٌ شَكَّ فِيهِ عُذِّبَ بِهِ نَاسٌ قَبْلَكُمْ فَإِذَا كَانَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا وَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فِي أَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا قَالَ فَقُلْتُ لَهُ آنْتَ سَمِعْتَ أُسَامَةَ يُحَدِّثُ سَعْدًا فَلَمْ يُنْكِرْ قَالَ نَعَمْ

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja'far telah bercerita kepada kami Syu'bah dari Habib bin Abu Tsabit, dia berkata: Saya pernah berada di Madinah dan mendengar Taun terjadi di Kufah. Kemudian Ata bin Yasar dan beberapa penduduk Madinah menyebutkan hadith ini kepadaku. Saya berkata: Siapa yang menceritakannya. Mereka menjawab: Amir bin Saad dan saat itu ia tidak ada. Selanjutnya saya bertemu dengan Ibrahim bin Saad dan saya tanyakan hadith itu, dia berkata: Saya mendengar Usamah bercerita kepada Saad bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" Wabak (epidemik) ini adalah kotoran, azab atau sisa azab dengannya Allah membinasakan orang-orang sebelum kalian. Bila terjadi Taun di suatu tempat dan kalian di sana, kalian jangan meninggalkannya dan bila kalian mendengar terjadi di suatu tempat, kalian jangan memasukinya."

Lalu saya bertanya padanya: Apakah engkau mendengar Usamah bercerita kepada Saad lalu dia tidak memungkirinya? dia menjawab: 'Ya.'.

[ HR Ahmad Kata Syeikh Al-Arnauth dalam takhrijnya terhadap Musnad: Sahih menurut syarat Syeikhain ]

Dalam Sahih Al-Jaami’ dijelaskan wabak virus seperti ini akan pergi dan kadang-kadang akan muncul semula, Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

إنَّ هذا الوباءَ رِجزٌ أهلكَ اللهُ بهِ الأممَ قبلَكم ، و قد بقيَ منه في الأرضِ شيءٌ ، يَجيءُ أحيانًا و يذهَبُ أحيانًا ، فإذا وقَعَ بأرضٍ فلا تخرُجُوا منها فِرارًا ، و إذا سَمعتُم بهِ في أرضٍ فلا تأتُوها

“ Wabak ini adalah kotoran(penyakit) yang Allah musnahkan dengannya umat-umat sebelum kalian, dan ia masih berbaki di atas bumi ini, kadang-kadang ia akan datang dan kadang-kadang ia akan pergi, apabila ia terjadi di sesuatu tempat jangan kalian keluar darinya untuk melarikan diri, dan apabila kalian mendengar kejadiannya di sebuah tempat maka janganlah kalian mendatanginya”. [ Sahih Al-Jaami’ no:2253 ]


3. Tidak seperti musibah lain, penyakit epidemik seperti wabak virus yang merebak memang pernah disebutkan oleh Nabi Sallallahu’alaihiwasallam seperti hadith di atas, demikian juga hadith Abu ‘Asib Maula Rasulullah, katanya Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

أتاني جبريلُ علَيهِ السَّلامُ بالحُمَّى والطَّاعونِ ، فأمسَكْتُ الحُمَّى بالمدينةِ وأرسلتُ الطَّاعونَ إلى الشَّامِ ، فالطَّاعونُ شَهادةٌ لأمَّتي ورحمةٌ لَهُم ورِجسٌ علَى الكافرينَ

" Jibril 'alaihis salam datang kepadaku membawa demam dan taun (wabak epidemik), maka aku tahan demam di Madinah, sedangkan Taun aku lepaskan ke negeri Syam, oleh karena itu penyakit taun adalah sebagai Syahid bagi ummatku dan rahmat bagi mereka, sedangkan bagi orang kafir sebagai azab(penyakit).".

[ HR Ahmad: hasan menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar dan dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Targhib no:1401 ]

4. Garis umum yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang perlu diberikan penekanan oleh pemerintah dan masyarakat adalah larangan supaya penghidap epidemik ini meninggalkan tempat mereka (kuarantin) supaya ia tidak merebak.

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَهُ يَسْأَلُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ مَاذَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الطَّاعُونِ فَقَالَ أُسَامَةُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطَّاعُونُ رِجْسٌ أُرْسِلَ عَلَى طَائِفَةٍ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَوْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا يُخْرِجْكُمْ إِلَّا فِرَارًا مِنْهُ

Daripada 'Amir bin Saad bin Abi Waqqas dari bapanya bahwa dia ('Amir) mendengar bapanya bertanya kepada Usamah bin Zaid; " Apa yag pernah kamu dengar dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam tentang masalah Taun (wabak epidemik )?". Maka Usamah berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Taun adalah sejenis kotoran (azab) yang dikirim kepada satu golongan dari Bani Israil atau kepada umat sebelum kalian. Maka itu jika kalian mendengar ada wabak tersebut di suatu wilayah janganlah kalian memasuki wilayah tersebut dan jika kalian sedang berada di wilayah yang terkena wabak tersebut janganlah kalian melarikan siri darinya". Abu An-Nadhar berkata; "Janganlah kalian mengeluarkan diri darinya kecuali untuk menyelematkan diri”.

5. Bagi orang mukmin yang terkena wabak epidemik seperti ini, jika mereka bersabar dengan qadar Allah, beriman dan bersangka baik dengan Allah maka ia akan menjadi satu bentuk rahmat, bahkan di dalam hadith disebutkan mereka mendapat pahala syahadah.

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّهَا أَخْبَرَتْنَا أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَهَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ فَلَيْسَ مِنْ عَبْدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَنْ يُصِيبَهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ

Daripada 'Aisyah isteri Nabi Sallahu 'alaihi wasallam bahawa beliau pernah mengkhabarkan kepada kami, bahwa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengenai penyakit Taun (wabak epidemik) , lantas Nabi Allah Sallallahu 'alaihi wasallam memberitahukan kepadanya;

" Bahawa penyakit Taun (wabak epidemik) merupakan azab yang Allah timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit Taun, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, dia mengetahui bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tetapkan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid."

[ HR Muslim ]

6. Perlu ditegaskan rahmat dan syahadah yang disebutkan oleh Nabi Sallallahu’alaihiwasallam kepada mereka yang terkena wabak penyakit merebak ini hanya tertuju kepada mereka yang sudah terkena wabak tersebut di kalangan orang beriman dan tidak termasuk di kalangan orang kafir. Begitu juga ia tidak menafikan, apatah lagi bertentangan dengan perintah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam untuk berusaha mencari sebab pencegahan, rawatan dan doa serta munajat memohon perlindungan dari segala wabak dan penyakit.

7. Wabak penyakit, virus juga adalah tentera daripada tentera-tentera Allah yang tidak diketahui bilangan dan kaifiatnya melainkan Penciptanya. Sebagaimana Allah pernah mengutuskan belalang, darah, kutu, katak dan lain-lain kepada Firaun dan bala tenteranya begitulah juga Allah boleh menghantar tenteraNya sebagai amaran kepada golongan Thughah seperti (Kerajaan China) yang menzalimi umat Islam di Uighur, begitu juga amaran untuk kita semua agar meninggalkan kesyirikan, bid’ah dan maksiat serta kembali bertaubat kepadaNya.

Firman Allah SWT:

‎وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [ Al-Fath:7 ]

Firman Allah SWT:

‎وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ

dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. [ Al-Mudatthir: 31 ]


Wallahu’alam.

No comments:

Powered by Blogger.