Keputusan SPM 2025, Bukti Kerajaan BN Pahang Laksanakan Kerja Yang Betul Dalam Memperkasakan Sektor Pendidikan
Hari ini keputusan SPM 2025 telah diumumkan. Banyak sekolah-sekolah yang berada dalam negeri Pahang mencapai keputusan yang cemerlang. Jika dilihat dalam senarai 30 sekolah terbaik di Malaysia ada sejumlah 3 sekolah berada dalam senarai 10 sekolah terbaik di Malaysia.
Sekolah-sekolah itu adalah Maahad Tahfiz Darul Ulum As-Basriyah daripada PPD Kuantan, SM Agama Al Maarif juga dalam PPD Kuantan dan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan dalam PPD Jerantut.
Secara keseluruhannya, dalam kedudukan di peringkat kebangsaan, negeri Pahang berada di tempat kedua dalam keputusan SPM 2025. Tentunya kejayaan ini datang menerusi usaha yang berterusan dan sokongan yang baik daripada semua pihak untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM.
Kerajaan negeri Pahang di bawah pimpinan Dato Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar setiap tahun telah memberikan jumlah peruntukan yang besar untuk memperkasakan sektor pendidikan.
Kerajaan negeri telah berbelanja sejumlah RM3.6 juta untuk memberikan bantuan buku rujukan & latihan kepada pelajar-pelajar SPM, STPM dan STAM. Bukan setakat itu sahaja, pelajar-pelajar yang miskin tegar dan tinggal di asrama telah diberikan makanan percuma, melibatkan perbelanjaan sejumlah RM4 juta.
Perjalanan anak-anak negeri Pahang yang berjaya dalam keputusan SPM tidak terhenti di keputusan cemerlang sahaja, mereka yang cemerlang akan diberikan insentif sejumlah RM1,000 bagi anak-anak yang cemerlang dalam keputusan SPM pada tahun 2025.
Bila hendak masuk ke universiti, Kerajaan BN Negeri Pahang membantu lagi dengan memberikan bantuan RM1,000 kepada mereka yang dapat melanjutkan pengajian ke luar negara, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300,000.
Inilah negeri Pahang, yang menjuarai kebajikan dan sentiasa mengutamakan pendidikan modal insan anak-anak sebagai satu aset yang penting untuk masa hadapan. Ada lagi beberapa insentif dan bantuan yang diberikan khusus kepada pelajar tahfiz dan sekolah tahfiz di negeri Pahang.
Beruntung sungguh orang Pahang. Alhamdulillah inilah nikmat yang dikongsi bersama bila berada dalam pentadbiran Kerajaan BN Negeri Pahang. Bila pemimpin melaksanakan tugasnya dengan baik, inilah hasilnya. Tiada janji, lihat bukti. Inilah buktinya.






No comments: