Sekolah Terbaik Di Malaysia SPM 2025 Adalah Dari Negeri Pahang
Bukan sekolah Sekolah Berasrama Penuh, SBP, bukan sekolah MRSM, ianya adalah sekolah Maahad Tahfiz di bawah Kerajaan BN Negeri Pahang. Siapa sangka, tetapi itulah sekolah terbaik dan nombor satu dalam keputusan SPM 2025 di Malaysia.
Ya memang, kalau dilihat dalam carta sekolah SMKA tiada, dalam carta SBP tiada, dalam carta MRSM tiada tetapi sekolah inilah yang nombor satu di Malaysia. Terbaik dalam Malaysia.
Tahniah buat Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) yang memperoleh pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Dinobatkan sebagai sekolah terbaik di Malaysia, MTTNP mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60.
Menurut Yayasan Pahang, ia merupakan satu pencapaian yang benar-benar membanggakan dan membuktikan bahawa kecemerlangan akademik serta pembinaan sahsiah mampu digerakkan seiring.
"Kejayaan besar ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah turut memperkukuh momentum kecemerlangan pendidikan Negeri Pahang yang kini merupakan antara yang terbaik di Malaysia.
"Ia selari dengan aspirasi Pahang 1st di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Yayasan Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan," katanya.
MTTNP pertama kali membuka pusat peperiksaan pada tahun lepas dengan 48 orang calon menduduki peperiksaan memperoleh GPS 0.60, yang mana 25 orang calon memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran dan kesemua calon layak menerima sijil.
Pelajar terbaik SPM 2025, Immazaril Khair bin Mazlan dari Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) menyifatkan buku latihan sumbangan Tok Wan Rosdy banyak membantu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM.
"Antara benda yang membantu saya dalam SPM ini adalah buku yang diberi oleh Tok Wan Rosdy, buku latihan" kata Immazaril Khair bin Mazlan. Buku ini disifatkan oleh Immazaril sebagai senjata penting dalam memperkukuh kefahaman dan meningkatkan prestasi pembelajaran.





No comments: