7 Perkara Perlu Diketahui Kenapa Ada Kadar Baru Tarif Pos Malaysia. - MyRating

7 Perkara Perlu Diketahui Kenapa Ada Kadar Baru Tarif Pos Malaysia.



Bagi memudahkan pemahaman tentang kadar tarif baru Pos Malaysia ini, sila baca tujuh perkara ini

1) Kadar tarif baru yang diumumkan oleh Pos Malaysia adalah sejajar dengan keputusan Kongres Khas UPU yang telah diadakan di Geneva pada September 2019, di mana ia memberi kesan kepada operator perkhidmatan pos seluruh dunia.

2) Peningkatan kos operasi Pos Malaysia yang melibatkan 23,000 orang staffnya termasuklah 7,000 orang Posmen mendesak kenaikan kadar tarif baru ini selain cabaran zaman digital yang kian mencabar sekarang ini.



3) Dalam Kongres Universal Postal Union, UPU di Geneva, satu persetujuan telah dicapai iaitu peningkatan kos 30% untuk bungkusan kecil kurang daripada 2 kilogram. Manakala kos penghantaran ke Amerika Syarikat akan naik lebih tinggi lagi iaitu 210% menjelang Julai 2020.

4) Tarif Pos Malaysia yang baru ini melibatkan 9 juta alamat di Malaysia. Kenaikan hanya dikenakan kepada pengguna komersial yang merupakan 95% daripada pengguna Pos Malaysia.

5) Rakyat biasa masih dikenakan caj setem 60 sen seperti kadar yang lama sepuluh tahun lalu.

6) Setem 60 sen yang sebelum ini dinikmati juga oleh pengguna komersial telah naik kepada RM1.30 satu setem. Pengguna komersial ini adalah syarikat telekomunikasi, bank, sektor runcit dan penyiaran.

7) Tiga kategori lain yang turut mengalami kenaikan tarif adalah Peti Surat Persendirian Komersial yang naik dari RM150 ke RM200, yang kedua adalah Mel Berdaftar Komersial yang naik dari 90 sen ke RM3.10 dan ketiga Mel Berdaftar Bukan Komersial yang naik dari RM0.20 kepada RM2.40. Lain-lain kadar boleh dirujuk di laman Pos Malaysia.




No comments:

Powered by Blogger.