Liverpool Bukan Sahaja Menang EPL, Tetapi Pecahkan Banyak Rekod Lain - MyRating

Liverpool Bukan Sahaja Menang EPL, Tetapi Pecahkan Banyak Rekod Lain


Liverpool telah sah menjadi juara di England. Bukan sahaja juara di England tetapi banyak rekod yang Liverpool telah pecahkan. 

Terbaru Liverpool pecahkan rekod selama 9 tahun lepas sebagai kelab pertama yang memenangi liga dengan perbelanjaan yang kurang daripada £10 juta pound. 

Liverpool hanya belanja £8.6 juta pound sahaja untuk pembelian pemain untuk menjadi juara EPL tahun ini. Liverpool beli Takumi Minamino dengan nilai £7.25 juta pound dan Sepp van den Berg dengan nilai £1.35 juta pound. 


Liverpool juga mengatasi rekod sebagai juara liga EPL yang paling awal dengan berbaki 7 perlawanan lagi. Lihatlah bagaimana pasukan pasukan juara lain yang hanya menang selepas baki 5 dan 4 perlawanan liga. 

Liverpool mencipta rekod kemenangan di tempat sendiri untuk lagi ke-23 berturut-turut mengatasi rekod Manchester City selama 20 perlawanan liga pada musim 2011-12. Rekod ini dicapai dalam perlawanan baru-baru ini bila mengatasi Crystal Palace, 4-0. 

Liverpool juga mencipta kemenangan ke-18 berturut-turut dalam liga bila menumpaskan West Ham pada Februari lepas, rekod ini menyamai rekod Manchester City. 


Liverpool turut mencatatkan rekod sebagai kelab Eropah yang paling berjaya mendahului liga selepas 21 perlawanan. Mendapat mata tertinggi berbanding kelab Eropah lain. 

Rekod ini dicapai Liverpool selepas menumpaskan Spurs pada 11 Januari 2020. Di kalangan Europe's Big Five, Liverpool mengumpul mata tertinggi selepas 21 perlawanan dengan 61 mata.

Liverpool mencatat sejarah sebagai "biggest lead in Premier League" bila menumpaskan Southampton, 4-0 pada bulan Februari. Dengan kemenangan itu, Liverpool menjarakkan diri 22 mata meninggalkan City di puncak liga. Lebih jauh bila menumpaskan Norwich selepas itu, 25 mata jarak di atas. 

Liverpool juga mencatat rekod sebagai kelab yang mengumpul mata terbanyak dalam 38 perlawanan iaitu 104 mata bila menumpaskan Spurs. Mengatasi 102 mata yang dicatat sebelum ini oleh City dan Spurs. 

Liverpool telah mengalahkan semua 19 pasukan dalam liga bila menumpaskan West Ham pada 29 Januari 2020. Rekod pertama dicatatkan dalam sejarah 127 tahun kelab Inggeris. 



Mohd Salah mencatat rekod sebagai pemain pertama Liverpool yang menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan sejak Michael Owen melakukannya pada musim 2000-01 dan 2002-03. 

Tujuh lagi rekod yang Liverpool boleh pecahkan :


1) Liverpool perlukan 15 mata lagi untuk memotong Manchester City sebagai mata paling banyak dalam sesuatu musim. Setakat ini, City mengumpul 100 mata dalam kempen 2017-18. 
2) Liverpool perlu menang lagi tiga perlawanan di Anfield untuk mencipta rekod kelab EPL pertama menang dalam semua perlawanan di tempat sendiri. 

3) Tiga kemenangan lagi di Anfield akan memastikan Liverpool mencatat rekod mata terbanyak di tempat sendiri yang sebelum ini rekod itu dipegang oleh Chelsea (2005-06), Manchester United (2010-11) dan Manchester City (2011-12), semua pasukan ini mengumpul 55 mata. 
4) Liverpool telah menang 28 perlawanan musim ini dan perlukan lima kemenangan lagi untuk memadam rekod City yang menang 32 perlawanan dalam satu musim. 
5) Jika Liverpool menang baki 7 perlawanan lagi, Liverpool akan menamatkan liga dengan 107 mata dan akan memadam rekod Reading yang dapat 106 mata dalam kempen 2005-06. Liverpol akan menjadi kelab yang mendapat mata paling banyak dalam liga Inggeris. 
6) Jika Liverpool menamatkan liga EPL dengan penjarakkan sosial lebih 19 mata dari pasukan tempat kedua, maka Liverpool akan memadam rekod City yang punyai jarak 19 mata pada musim 2017-18. 
7) Lagi lima kemenangan untuk membolehkan Liverpool memadam rekod City yang menang 16 perlawanan di tempat lawan pada musim 2017/18. Liverpool kini menang 12 perlawanan di tempat lawan. 



No comments:

Powered by Blogger.