Pawagam, Taska dan Sektor Ekonomi Yang Dibuka Hari Ini Perlu Patuhi SOP
Sejarah tercipta semalam bila hanya dua kes
baharu sahaja tercatat untuk kes Covid-19 di Malaysia sejak tempoh PKP
dilaksanakan 105 hari yang lalu. Malah semalam juga merupakan hari ke-5 berturut-turut
kes aktif Covid-19 di Malaysia berada di bawah aras 200 kes.
Tahniah kepada YB Menteri Kesihatan, Dato’
Sri Dr Adham Baba yang menerajui Kementerian Kesihatan, seluruh warga KKM dan
semua frontliners atas kejayaan ini.
Mengulas mengenai pembukaan pawagam, taska
dan sektor ekonomi lain, berikut adalah ulasan YB Menteri Kesihatan.
“Kita dapati semalam kes baharu hanya 2
sahaja. Apa yang penting sekarang ini
adalah kita telah dapati kes aktif yang masih dirawat di hospital telah turun
ke paras 200 kes ke bawah. Sudah 5 hari kes Covid-19 aktif ini telah di bawah
paras 200 kes”
“Manakala kadar sembuh pula adalah pada kadar
95-96%. Ini adalah satu kejayaan besar pada negara” ujar YB Menteri Kesihatan,
Dato’ Sri Dr Adham Baba ketika ditemubual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
pada 1 Julai 2020.
Ketika ditanya mengenai pembukaan aktiviti
baru seperti wayang dan taska mulai 1 Julai 2020, berikut adalah ulasan yang
diberikan oleh YB Menteri Kesihatan tentang bagaimana perlunya masyarakat dalam
situasi Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan, PKPP ini.
“Kita telah pun berusaha sebelum ini untuk meletakkan
guidelines atau SOP serta menasihati semua sektor yang baru dibuka agar patuh
kepada perkara yang Kementerian Kesihatan telah sarankan. Apa yang penting kita
boleh terus mencegah dan mengawal Covid-19 dan kita jaga kita, itu antara
tagline kita sebagai frontliners”
“Antara perkara yang sangat dititik beratkan
adalah perlu ada penjarakkan sosial walaupun dalam pawagam. Kedudukan tempat
itu tidak bolehlah dekat. Kedua adalah mengoptimumkan kebersihan diri seperti
sentiasa membasuh tangan dan pelitup muka jika kita bergejala atau berada di
tempat yang sesak dan sempit. Sembang secara dekat juga tidak dibenarkan. Itu
antara perkara yang kita perlu berjaga-jaga”
“Kebenaran yang diberikan ini bukan percuma,
guideline yang diberikan ini adalah untuk terus menyekat wabak Covid-19” respon
YB Menteri Kesihatan.
No comments: