System Dynamics Modelling Ini Membantu Perjelaskan Kesan Perintah Kawalan Pergerakan
Satu lakaran yang ringkas dan mudah dihadam oleh orang biasa. Begitulah lakaran ringkas yang dibuat oleh seorang pensyarah bagi menerangkan tentang kesan PKP.
Pensyarah ini juga turut diajukan soalan bagaimana Sysyem Dynamics Modelling ini berfungsi untuk menerangkan tentang mereka yang hadir ke kenduri di Putrajaya dan Bangi yang turut dihadiri oleh kluster tabligh yang positif Covid19.
Berikut adalah nukilan pensyarah ini faceboknya :
Kalau hendak melihat kesan PKP ni, tunggulah sehingga 31hb ni, samada PUI (Patient Under Investigation - Suspect) dan Confimed Case meningkat atau tidak.
Kalau meningkat, maksudnya, ada kemungkinan PKP ni kurang berjaya (sebab ada rakyat yang degil keluar jugak masa PKP and worst case, yang keluar tu, adalah yang close contact dengan suspect tapi tak nak bagitau🥺).
Buat sementara ni, kita kene expect akan ada peningkatan setiap hari kerana tempoh PKP belum mencapai 14 hari, yang mana kes² baharu ini merupakan kes² sebelum PKP.
Sebab tu, semakin banyak kita kesan, semakin banyak confirm cases lebih baik sebenarnya, sebab makin mudah kita kekang. InsyaAllah kita akan berjaya dengan izin Allah SWT.
Tugasan System Dynamics Modelling untuk pelajar² sempena "cuti" PKP ni. Selamat memasukkan equations, parameter dan unit.
Nukilan seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.
No comments: