Klip Audio Jahat Fitnah Posmen Dijangkiti Covid19 - MyRating

Klip Audio Jahat Fitnah Posmen Dijangkiti Covid19

Beberapa kali lepas tersebar tulisan yang Whatsapp yang mendakwa salah seorang staff Pos Malaysia dijangkiti Covid19. Berita itu terbukti palsu dan tidak benar. 


Kali ini, ada pula satu klip audio berdurasi satu minit 23 saat dalam bahasa Inggeris disebarkan menerusi Whatsapp mendakwa kononnya ada seorang Posmen positif Covid19.

Dalam klip audio itu yang kononnya datang daripada seorang doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh. Whatsapp klip audio itu tersebar luas di kalangan orang ramai termasuklah orang-orang DRB Hicom. 



Audio itu ternyata palsu. Menuduh posmen dijangkiti Covid19 dan meminta orang ramai agar jangan mengambil surat yang diserahkan oleh Posmen kononnya surat itu telah bertukar banyak tangan sebelum sampai kepada penerima.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu menyiasat dan segera menahan orang yang memfitnah Posmen ini dengan segera. Ternyata sekali apa yang dituduh berniat jahat sama sekali.

Sampai hati mereka buat begini tatkala ribuan orang Posmen berkorban masa, tenaga dan nyawa mereka di luar sana demi bertugas menyampaikan amanah kepada rakyat. 



Rakyat harus menolak cara fitnah jahat sebegini. Tuduhan jahat sebegini terhadap abang-abang Posmen adalah tidak patut sama sekali. Orang yang bertanggungjawab buat fitnah ini harus dibawa ke muka pengadilan dengan segera.


Page Kementerian Kesihatan Malaysia pun sudah mengesahkan audio tersebut adalah palsu. 

Bertindaklah wahai SKMM dan pihak Polis demi maruah abam abam Posmen. 

No comments:

Powered by Blogger.