Pos Malaysia Nafi Seorang Staffnya Terkena Covid19
Kesian dekat abam abam Posmen kita, tidak pasal pasal je dia orang reka cerita palsu untuk takutkan rakyat dengan Posmen. Padahal Posmen ok sahaja, janganlah buat cerita cerita karut sebegini, kasihanilah abam abam Posmen ini, mereka juga frontliner negara yang kini berada di barisan hadapan untuk kemudahan rakyat semua.
Beberapa hari lepas tersebar di Whatsapp menyatakan kononnya seorang pekerja Pos Malaysia positif Covid19. Sebaran Whatsapp (gambar di bawah sekali) yang tidak bertanggungjawab itu telah dijawab di Page Friend Of Posmen pada dua hari lepas. Ternyata berita itu adalah tidak benar dan palsu.
Info tidak benar sebegitu amatlah mencemaskan kerana dalam mesej itu tertulis kononnya yang menghantar mesej itu adalah daripada salah seorang Posmen.
Malah menyarankan pula pelanggan yang menerima surat daripada Posmen agar membiarkan surat itu selama 1 hari dalam petisurat. Sampai begitu gigih sekali cerita tidak betul itu direka sebegitu rupa. Siapalah yang reka cerita karut ini ya?
Pada jam 6.00 petang, 25 Mac 2020, Pasukan Respon Pantas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang bertulis ;
2) Pos Malaysia menafikan seorang pekerjanya positif Covid19.
Oleh itu, orang ramai hendaklah bertenang, jangan dilayan sangat cerita cerita tidak benar ini. Semak dulu sebelum hendak percaya sesuatu cerita.
No comments: