Berita Yang Cakap Hospital Teluk Intan Ditutup Adalah Tidak Benar
Berita berkenaan perkhidmatan di Hospital Teluk Intan di tutup adalah tidak benar. Perkhidmatan di hospital masih beroperasi seperti biasa dan dalam keadaan yang terkawal.
Langkah-langkah pengawalan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan dilakukan dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Perak Hilir. Walaupun terdapat kes-kes yang positif COVID 19, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan serta penambahbaikan sedang dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh.
Tindakan kawalan:
Dekontaminasi di seluruh kawasan hospital bermula selepas kes pertama positif dan berterusan.
Dekontaminasi 2 kali sehari dijalankan untuk Jabatan Kecemasan pada setiap hari.
Pada 22-24/3, bantuan dari MKAI untuk dekontaminasi semburan kabus di Jabatan Kecemasan dan Kawasan- Kawasan lain yang terlibat.
Jabatan Kecemasan berpindah sementara ke Unit Pesakit Luar sementara proses berjalan.
Pengesanan kontak (contact screening) dibantu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) disamping pengambilan sampel dan kuarantin di rumah bagi yang di syaki di jangkiti COVID 19. Staf yang simptomatik dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID 19 akan di saring untuk pengambilan sampel, pengesanan kontak rapat dan kuarantin dibantu oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.
Disusuli dengan semua kes tanpa symptom secara berperingkat dijabatan tersebut (untuk memutuskan rantaian jangkitan di antara staf).
untuk semua staf Jabatan Kecemasan
Bermula 24 Mac 2020 selama 4 hari Jabatan Kecemasan akan dijalankan aktiviti dekontaminasi semula dan Perkhidmatan Kecemasan dijalankan sementara di ruang menunggu bersebelahan Unit Pesakit Luar.
Walaubagaimanapun untuk tempoh sementara ini, Jabatan Kecemasan tidak akan menumpukan kes Tidak Kritikal dan hanya akan menumpukan kepada kes kecemasan kritikal untuk Zon Kuning dan Zon Merah sahaja.
Semua kes-kes Zon Hijau akan diarahkan ke Unit Pesakit Luar.
Pihak PKD Hilir Perak telah dimaklumkan untuk membantu dari segi rujukan terus pesakit ke wad dan kes-kes hijau untuk dilihat di Klinik Kesihatan berdekatan.
Semua kemasukan kes-kes rujukan adalah melalui ‘direct admission’ ke wad.
Jabatan Kecemasan mendapatkan bantuan Pakar Perubatan Kecemasan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Taiping dan Hospital Seri Manjung dan penambahbaikan dilakukan.
Staf-staf dari jabatan lain digerakkan ke Jabatan Kecemasan secara berjadual dan berkala bagi membantu di dalam melancarkan operasi harian Jabatan Kecemasan(mobilization of staff).
Bantuan staf daripada hospital-hospital berhampiran telah dimohon ke JKN Perak terutamanya daripada penjawatan Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan bagi membantu di Jabatan Kecemasan.
Pasukan OSH dipertingkatkan supaya dapat memantau kesihatan semua petugas terutamanya petugas di barisan hadapan pada setiap hari dengan lebih berkesan.
Tahap kesihatan staf disaring oleh penyelia sebelum memulakan tugas bagi setiap syif.
Kuarters Asrama Jururawat di jadikan tempat untuk bilik isolasi dan kuarantin untuk semua petugas barisan hadapan sementara menunggu aktviti : ‘contact screening’ oleh PKD.
Tindakan pencegahan:
Saringan COVID 19 kepada semua pelawat dan semua staf dipertingkatkan di pintu-pintu masuk di semua bahagian. Staf yang tidak sihat tidak dibenarkan masuk bekerja. Dipantau oleh pasukan OSH dan bilik gerakan.
Langkah-langkah pencegahan COVID-19 wajib dipatuhi oleh setiap staf dengan betul. Tiada aktiviti berkumpulan dibenarkan dan social distancing wajib dipatuhi.
Pasukan Psychology First Aid (PFA) telah di aktifkan bagi pada 21/3 untuk membantu dalam pengurusan emosi dan mental staf-staf yang terlibat.
Meminimumkan tugas kerja mengikut kepentingan kerja dan rawatan pesakit bagi mengurangkan pendedahan kepada penyakit dan memutuskan rantaian jangkitan antara staf, yang mana menjadi aktiviti utama semenjak kes pertama telah di kenal pasti.
Semua temujanji klinik-klinik (Pesakit Luar & Pakar) ditangguhkan. Segala urusan temujanji dan ubat-ubatan di lakukan melalui panggilan telefon. Namun pihak klinik masih menerima kes atau pesakit –pesakit yang mempunyai masalah semasa saringan melalui panggilan telefon.
Perkhidmatan pembekalan ubat di hadapan Unit Pesakit Luar melalui kaedah pandu lalu disediakan bagi kemudahan pelanggan dan mengurangkan risiko jangkitan.
Operasi Dewan Bedah bagi kes-kes elektif ditangguhkan bagi menumpukan kepada kes-kes kecemasan dan semi-kecemasan sahaja.
PRO(Pegawai Perhubungan Awam) juga digunakan untuk memberi info sebenar kepada staf dan lain-lain yang terlibat.
Semua pesakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana Hospital Teluk Intan telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan yang perlu.
Orang awam juga disarankan agar mengikut arahan dan nasihat pihak pengurusan Hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa serta tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. DING LAY MING
Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
25 MAC 2020
No comments: