Daun Semambu Tidak Pulihkan Pesakit Covid19, Baca Fakta Ini - MyRating

Daun Semambu Tidak Pulihkan Pesakit Covid19, Baca Fakta Ini

Public Health Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai daun semambu ini, namun biasalah orang Malaysia, mana nak dengar cakap. 

Orang kita ni cepat melatah dan mudah terpengaruh dengan cerita testimoni. Timbul sahaja di musim wabak COVID-19 yang semua gerun itu boleh di sembuh dengan daun semambu. Semua jadi excited nak cari dan rebus air semambu. Memang ya, semua macam buntu akal semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Lepas sorang-sorang rakyat Malaysia mati.


Cuba lihat balik statistik semasa, terkini dilaporkan 1796 kes positif dengan jumlah kematian 20 orang. Yang sudah sembuh 199 manakala dalam proses kuarantin 1577 dan rawatan rapi 79 orang. Yang sembuh sepenuhnya 199 itu tak makan daun semambu pun. Testimoni yang mendakwa daun semambu itu berjaya merawat #Covid19 adalah lemah dan tidak mempunyai bukti saintifik pun. 
.
Kalau nak minum juga air semambu atas dasar ikhtiar, boleh tak? Terserah pada diri anda. Kita tiada kuasa menghalang.
.
Cuma saya nak sebut beberapa dapatan dari Dr Che Puteh Osman, Pakar Penyelidik Herba dari UPM. Boleh layari website rasmi beliau di https://www.drcheputeh.com/post/siri-68-pokok-semambu-neem-racun-perosak-semulajadi-dan-antibakteria.


1. Daun semambu adalah pembunuh atau penghalau serangga perosak seperti semut, ulat pengorek tanaman, nyamuk dan lain-lain.

2. Semambu digunakan secara tradisional sebagai racun serangga.

3. Semambu boleh menjadi racun toksik di mana ianya boleh menyebabkan kemandulan nyamuk, menghalang tumbesaran serangga tanaman dan membunuh larva pengorek buah/tanaman.

4. Dakwaan semambu digunakan untuk merawat Cacar Air dan gatal-gatal adalah terbukti setakat kajian makmal ke atas haiwan ujikaji dan piring pateri sahaja. Kajian atas manusia tidak berbaloi kerana ingin ekstrak bahan aktif semambu bernama Azadiratchtin terlalu rumit. Sedangkan Cacar air boleh sembuh sendiri tanpa rawatan spesifik.
.
Sekian komen suhazeli.com
26.3.2020
Tengkawang

No comments:

Powered by Blogger.