Pasar Borong Seperti Di Jepun & Korea Selatan Akan Dibina Di Kuala Lumpur - MyRating

Pasar Borong Seperti Di Jepun & Korea Selatan Akan Dibina Di Kuala Lumpur


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam fasa terakhir dalam pelan strategik untuk membina pasar borong yang lebih baik dan moden, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
Beliau berkata DBKL sedang mengkaji reka bentuk dan operasi pasar borong di negara yang lebih maju seperti Jepun dan Korea Selatan sebelum meneruskan projek yang sama di negara ini. 


Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kos pelaksanaan pelan tindakan itu dianggarkan antara RM200 juta hingga RM300 juta, dengan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun dari tarikh mula pembinaan.
Selain itu, beliau berkata, DBKL sedang meneliti beberapa kaedah pelaksanaan, termasuk cara kreatif menampung kos pembinaan bagi meminimumkan penggunaan dana daripada kerajaan.


"Kita mahu menyediakan tempat berniaga yang lebih baik untuk semua, termasuk peniaga dan pengguna. PBKL ini sudah hampir 30 tahun dan bangunannya tentu perlu diperbaharui.
"Ini tanah DBKL dan mereka boleh memutuskan kaedah manakala manakala bangunan lama tidak semestinya perlu diusik. Kita ada ruang untuk membina," katanya pada sidang media selepas melawat PBKL, di sini, hari ini.


No comments:

Powered by Blogger.