Saham Pos Malaysia Naik Selepas Pengumuman Tarif Baru - MyRating

Saham Pos Malaysia Naik Selepas Pengumuman Tarif Baru



Dalam satu kenyataan media pada 28 Januari yang lalu, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah melaksanakan semakan semula kadar pos berikutan keputusan kerajaan untuk meluluskan kadar pos baharu yang sudah pun mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2020 lalu. Kali terakhir kadar pos dikemaskini adalah pada tahun 2010.

Kadar tarif baru itu telah pun berkuatkuasakan kira-kira empat hari yang lalu. Mulai 1 Februari lepas juga, Pos Malaysia telah pun beroperasi pada waktu yang baru. Semua cawangan pejabat Pos Malaysia dan Pusat Pos Laju akan dibuka pada setiap Sabtu, kecuali Sabtu ketiga setiap bulan serta cuti umum.



Bukan itu sahaja, saham Pos Malaysia juga telah naik selepas pengumuman kadar tarif baru. Saham Pos Malaysia pada 28 Januari adalah pada nilai RM1.44 sen, kemudian sehari selepas itu nilai saham Pos Malaysia naik 4 sen kepada RM1.48 sen. 

Kedudukan saham menurun selepas itu dan kembali dalam corak menaik pada kadar 0.71% pada kadar RM1.41 sen pada hari ini (5 Februari 2020). Kedudukan saham paling rendah dicapai oleh Pos Malaysia sepanjang tahun lepas adalah pada 29 Mei 2019 dengan nilai RM1.23 sesaham. 

Kedudukan menaik ini dijangka berterusan hingga ke tahap RM2.00 pada sekitar hujung tahun ini. Sukar hendak mencapai nilai RM3.00 sebagaimana yang pernah dicapai oleh Pos Malaysia pada 16 November 2018 pada kadar RM3.23 sesaham dalam keadaan ekonomi semasa sekarang ini. 

Peningkatan kadar tarif yang baru ini dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pasaran terhadap kemampuan Pos Malaysia dalam menghadapi cabaran baru disebabkan kenaikan tarif di peringkat global. 



Menurut Laporan The Edge pada 4 Februari 2020, RHB Investment Bank Bhd telah menaiktaraf rating Pos Malaysia Bhd kepada "Buy" daripada "Trading Buy" pada kadar RM1.41, dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM1.70 sesaham.
Penganalisis RHB, Alan Lim menyatakan Pos Malaysia sedang melakukan proses transformasi pada tahun 2020 ini, di mana pihak pengurusannya telah melakukan kenaikan tarif untuk disesuaikan dengan obligasi di peringkat global. 


Lim turut menyatakan Pos Malaysia juga ingin melabur dalam industri digital, sistem automasi yang lebih efisyen dan track & trace. Selain daripada itu, penganalisis itu berpendapat Pos Malaysia perlu meluaskan rangkaian parcel dan courier touchpoint, serta portal untuk "SendParcel". 
Pada 4 Februari 2020 lepas, jam 9.15 pagi saham Pos Malaysia diniagakan pada RM1.41 sesaham melibatkan 32,100 saham dengan nilai pasaran sejumlah RM1.1 billion. 
Moga-moga kedudukan saham Pos Malaysia kembali pulih kepada nilai RM2.00 pada penghujung tahun ini. Insyallah, bolehlah abam-abam Posmen ni dapat bonus sikit hujung tahun ini. Doa-doakan lah bersama-sama. 


No comments:

Powered by Blogger.