5 Pasukan Top Rating World Cup 2018
1. Brazil - 5 bintang (Ranking Fifa No. 2)
Pasukan Brazil kali terakhir menang World Cup pada tahun 2002. Mereka juara World Cup paling banyak iaitu 5 kali. Sudah 16 tahun Brazil tidak menang World Cup. Dalam World Cup Rio di tempat sendiri pada tahun 2014, pasukan Brazil hanya mara ke Separuh Akhir pada edisi World Cup lepas. Kalah memalukan 1-7 di tangan Jerman. Kali ini Brazil sudah mula tunjuk taring mereka untuk mendakap kembali Piala Dunia.
Jangkaan : Mara ke Akhir
Bintang pilihan :
Neymar, Firmino dan Countinho
Skuad penuh Brazil :
Alisson, Ederson, Cassio, Marcelo, Danilo, Filipe Luis, Fagner,
Marquinhos, Thiago Silva, Miranda, Pedro Geromel, Willian, Fernandinho,
Paulinho, Casemiro, Philippe Coutinho, Renato Augusto, Fred, Neymar,
Gabriel Jesus, Roberto Firmino, Douglas Costa, Taison
2. Jerman - 5 bintang (Ranking Fifa No. 1)
Jerman masih lagi dibimbing oleh Jurulatih yang sama iaitu Joachim Löw sejak 12 tahun lalu, antara jurulatih yang paling lama yang memimpin pasukan kebangsaan di dunia ketika ini. Joachim Low juga adalah jurulatih yang membawa Jerman menjuarai World Cup 2014 di Brazil.
Skuad Jerman kali ini terdiri daripada pemain muda dan berpengalaman. Kombinasi yang cukup baik dan bertenaga. Pemain berpengalaman seperti Thomas Mueller, Manuel Neuer, Toni Kross dan Mesut Ozil dijangka akan terus menjadi tonggak dan nadi Jerman.
Dalam dua perlawanan persahabatan terakhir menentang Brazil pada 28 Mac, Jerman tewas 0-1 dan semalam menentang Austria, Jerman tumpas 1-2. Mungkin Jerman sedang mencuba kombinasi baru dan lama. Namun percaturan Joachim Low sukar dijangka, sebagaimana mereka membuat kejutan tumpaskan Brazil 7-1 pada empat tahun lepas.
Jangkaan : Mara ke Akhir
Bintang pilihan ;
Toni Kross, Julian Draxler, Timo Werner
Skuad penuh Jerman :
Bernd Leno, Manuel Neuer, Marc-Andre ter Stegen, Kevin Trapp, Jerome Boateng, Matthias Ginter, Jonas Hector, Mats Hummels, Joshua Kimmich, Marvin Plattenhardt, Antonio Rudiger, Niklas Sule, Jonathan Tah, Julian Brandt, Julian Draxler, Mario Gomez, Leon Goretzka, Ilkay Gundogan, Sami Khedira, Toni Kroos, Thomas Muller, Mesut Ozil, Nils Petersen, Marco Reus, Sebastian Rudy, Leroy Sane, Timo Werner
3. Belgium - 4 bintang (Ranking Fifa No. 3)
Dalam World Cup 2014 di Rio, Belgium tumpas tipis 0-1 dengan Argentina. Sebelum itu Belgium menjuarai Group H dan tumpaskan Amerika Syarikat 2-1 di pusingan kalah mati.
Di World Cup kali ini, pemain pemain emas Belgium sudah mencapai usia matang dan bersedia untuk menghadirkan sesuatu kepada negara mereka. Diundi satu kumpulan dengan England, Belgium dijangka tiada masalah untuk ke pusingan kalah mati.
Jangkaan : Mara ke Separuh Akhir
Bintang pilihan :
Eden Hazard, Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne
Skuad Penuh :
Toby Alderweireld, Michy Batshuayi, Christian Benteke, Dedryck Boyata, Yannick Carrasco, Koen Casteels, Nacer Chadli, Laurent Ciman, Thibaut Courtois, Kevin De Bruyne, Mousa Dembele, Leander Dendoncker, Marouane Fellaini, Eden Hazard, Thorgan Hazard, Adnan Januzaj, Christian Kabasele, Vincent Kompany, Jordan Lukaku, Romelu Lukaku, Dries Mertens, Thomas Meunier, Simon Mignolet, Matz Sels, Youri Tielemans, Thomas Vermaelen, Jan Vertonghen, Axel Witsel
4. France - 4 bintang (Ranking Fifa - No. 7)
Skuad France kali ini kuat di semua posisi. Dari penjaga gawang, tengah hingga ke penyerang, semuanya bersatus bintang. France cemerlang tumpaskan Ireland 2-0 dan Italy 3-1 dalam perlawanan persahabatan sebelum ke Russia.
Jangkaan : Mara ke Separuh Akhir
Bintang pilihan :
Griezmann, Pogba, Hugo Lloris
Skuad Penuh France :
Standby: Wissam Ben Yedder, Kingsley Coman, Benoît Costil, Mathieu Debuchy, Lucas Digne, Alexandre Lacazette, Anthony Martial, Adrien Rabiot, Mamadou Sakho, Moussa Sissoko, Kurt Zouma
5. England - 3 bintang (Ranking Fifa N0. 13)
Skuad The Three Lions kali ini adalah lebih baik berbanding zaman Lineker dan Frank Lampard. Sudah lama sangat England tidak menang sebarang kejuaraan sejak 1966. Kali terakhir skuad England digeruni adalah ketika zaman Lineker, David Platt dan Gazza di separuh akhir World Cup 1990 di Itali. Selepas itu England terus tenggelam.
Kali ini dengan generasi baru, England dijangka mara lebih jauh di Russia. England tumpaskan Nigeria semalam 2-1 dan seri dengan Italy dalam perlawanan pemanas badan mereka ke World Cup. England popular dengan liga Premier League di seluruh dunia, namun skuad kebangsaannya dahaga kejuaraan dunia sekian lama.
Jangkaan : Mara ke Separuh Akhir
Bintang pilihan :
Harry Kane, Dele Alli, Raheem Sterling
Jack Butland, Jordan Pickford, Nick Pope, Trent Alexander-Arnold, Gary Cahill, Fabian Delph, Phil Jones, Harry Maguire, Danny Rose, John Stones, Kieran Trippier, Kyle Walker, Ashley Young, Dele Alli, Eric Dier, Jordan Henderson, Jesse Lingard, Ruben Loftus-Cheek, Harry Kane, Marcus Rashford, Raheem Sterling, Jamie Vardy, Danny Welbeck
Standby: Tom Heaton, James Tarkowski, Lewis Cook, Jake Livermore and Adam Lallana
No comments: