5 Watak Hero Zaman Budak Budak - MyRating

5 Watak Hero Zaman Budak Budak




1. Space Cop Gaban - 5 bintang, ingat sampai ke tua

yang paling diingati dalam cerita ini adalah bila watak jahat tu cakap ... tarik semua masuk ke ruang angkasa setan. aduhhh gila dan seram betul lah budak budak zaman itu mendengarnya. 



2. Thundercats - 4 bintang 

Dah hilang dah kartun ni kat kaca tv. Dulu masa awal awal ada TV3 dulu, kartun ni la paling popular sekali. Parti paling best dia cakap ...thunder...thunder...thunder cats... teringin nak tengok lagi dengan anak anak kat tv. Kartun ini asalnya tahun 1985, TV3 wujud tahun 1984, sebab itu dia sinonim dengan TV3. 



3. Kamen Rider Black - 4 Bintang

Watak hero ini lahir pada tahun 1987 dan bertahan selama 51 episod.  Zaman budak budak tak ada main tab dan ipad, mereka tengok tv waktu petang sebelum pergi main bola dan pergi pancing ikan. Pukul 5 petang mesti mereka kumpul ramai tengok cerita ini dulu sebelum keluar rumah. 30 minit sahaja, tapi lepas tu semua orang nak tiru jadi Kesatria Baja Hitam ni...



4.  Power Rangers - 3 bintang

Sebelum ada watak Power Rangers dari Amerika, mereka ini berasal dari Jepun.  Awalnya mereka bernama Serial Power Rangers dengan judul Super Sentai. Yang versi Amerika atau dikenal dengan Mighty Morphin Power Rangers. 


5.  Hulk Hogan - 5 bintang

Petang petang budak budak tengok cerita kartun, malam bila abis mengaji dan makan nasi mereka lawan pula watak hero lain bersama ayah dan mak mereka. Apa lagi tengok gusti lah kerja mereka. Hulk Hogan adalah hero mereka. 

Habis dikoyaknya kain pelikat nak tiru gaya Hulk Hogan koyak baju. Masa tu budak budak tertanya tanya satu soalan "berapa ya harga baju Hulk Hogan tu?", sampai sekarang soalan itu tidak dijawab lagi. Siapa boleh tolong jawabkan????



No comments:

Powered by Blogger.