Kisah Bruce Lee Lawan Dato Meor
Pada tahun 1973,
Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat
saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’
Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang
ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di
lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya,
beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri
Jeet Kune Do.
Bruce Lee telah mendapat
tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada
di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja
Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung
dengannya.
Beliau ingin melihat
sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang
dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul
Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang
terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni
Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
Kehebatan Dato’ Meor
Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum
daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong
Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri
yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu
ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam
pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk
menunjukkan kebolehan beliau.
Dato’ Meor Abdul Rahman
telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu
tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut
bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad Bin Lazim.
Memandangkan Bruce Lee
masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce
Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce
Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka
Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce
Lee tersebut.
Untuk mengelakkan
keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman
dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu
di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul
Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya
pun mula mengasak.
Setelah beberapa
serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan
lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan
tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’
Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh
tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce
Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas
Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit
tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih
daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce
Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan
ilmu silat yang dimilikinya.
Tidak
lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul
Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong
akibat penyakit misteri. Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee,
di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee
giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yang mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Lebih kurang pukul 7.30 pm, Bruce Lee berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkannya tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pun meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.
Kini tugas Bruce Lee
disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang
ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat
sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.
Dia bertarung dengan
Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yang terkenal sekitar awal 80-an).
Dicky bertarung dengan Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni
bela diri. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan
tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja
melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.
Beberapa Hari Sebelum Kematian
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
Beberapa Jam Sebelum Kematian
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.
Beberapa Minit Sebelum KematianPada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yang mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Lebih kurang pukul 7.30 pm, Bruce Lee berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkannya tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pun meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.
No comments: