3 Waktu Dilarang Mandi Dalam Islam
Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 222 :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Ertinya:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat, dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah di dalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat Isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Namun pejabat Mufti Wilayah Persektuan pernah menjawab berkaitan isu mandi malam ini pada 11 Mei 2017. Berikut adalah jawapan Mufti :
Soalan: Adakah terdapat dalil daripada al-Qur’an, hadith atau athar tentang larangan mandi pada waktu malam?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Islam merupakan satu agama yang amat menitikberatkan akan kebersihan dan Allah SWT amat suka akan hamba-hamba-Nya yang bersih. Mandi juga merupakan salah satu daripada cara-cara untuk membersihkan diri. Tambahan pula, Allah SWT juga memerintahkan kita untuk mandi sebagaimana terdapat di dalam al-Qur’an:
- Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri (mengerjakannya) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi (bersuci)”. [al-Nisa’:43]
Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati ayat al-Qur’an, hadith dan juga athar daripada para sahabat berkaitan larangan mandi pada waktu malam. Untuk itu, kita dibolehkan untuk mandi pada bila-bila sahaja yang kita kehendaki kerana tidak ada dalil berkaitan larangan mandi pada waktu malam. Walaupun begitu, terdapat beberapa pendapat daripada kalangan ahli ilmu tentang kemakruhan mandi ketika matahari hampir terbenam dan di antara dua isyak (antara maghrib dan isyak). Hal ini ada dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:
وَيُكْرَهُ دُخُولُهُ قُبَيْلَ الْغُرُوبِ وَبَيْنَ الْعِشَاءَيْنِ لِأَنَّهُ وَقْتُ انْتِشَارِ الشَّيَاطِينِ
Maksudnya: “Dan adalah makruh memasukinya (tandas) ketika matahari hampir terbenam dan di antara dua isyak (antara maghrib dan isyak) kerana pada waktu itu syaitan berkeliaran”. [Lihat: Mughni al-Muhtaj, 224/1]
Melihat kepada nukilan di atas, sebaik-baiknya kita cuba untuk menjauhi dan tidak memasuki tandas pada dua waktu tersebut melainkan ketika berhajat kepadanya. Tambahan pula, tandas atau mandi telah menjadi satu keperluan bagi setiap manusia contohnya apabila hendak membuang air dan melakukan mandi wajib.
Hikmah Pensyariatan Mandi
Di sini kami sertakan beberapa hikmah pensyariatan mandi berdasarkan kitab fiqh al-Manhaji. Mandi mempunyai hikmah dan faedah yang banyak, antaranya ialah:
- Mendapat pahala
Mandi mengikut pengertian syara’ adalah ibadat. Hal ini kerana melaksanakan perintah syara’ dan beramal dengan hukumnya. Ia diberikan pahala yang besar. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda:
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Maksudnya: “Bersuci adalah sebahagian daripada iman”. [Riwayat Muslim (222)]
Bersuci ini pula termasuk wudhu’ dan mandi.
- Menghasilkan kebersihan
Apabila seseorang muslim itu mandi, dia dapat membersihkan kotoran yang melekat pada badan atau peluh yang keluar daripada tubuh. Tubuh badan yang bersih ini boleh menghindarinya daripada kuman-kuman yang menyebabkan penyakit. Bau tubuh badannya pula menimbulkan kemesraan dan kasih sayang sesama manusia.
Ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah RA, katanya:
كَانَ النَّاسُ أَهْلَ عَمَلٍ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ كُفَاةٌ فَكَانُوا يَكُونُ لَهُمْ تَفَلٌ فَقِيلَ لَهُمْ لَوِ اغْتَسَلْتُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ. وَفِي رِوَايَةٍ لَهُمَا: فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ أَنَّكُمْ تَطَهَّرْتُمْ لِيَوْمِكُمْ هَذَا
Maksudnya: “Orang ramai yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai pembantu, badan mereka berbau busuk, lalu dikatakan kepada mereka, elok kamu mandi pada hari Jumaat”. Dalam riwayat yang lain bagi al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Eloklah kamu bersuci pada hari ini (Jumaat)”. [Riwayat al-Bukhari (861) dan Muslim (847)]
- Menghasilkan Kecergasan
Mandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif, hilang rasa lesu dan malas terutamanya selepas berlaku sebab-sebab yang mewajibkannya mandi seperti jima’.
Penutup
Kesimpulannya, kami nyatakan sekali lagi bahawa tiada dalil daripada al-Qur’an dan Sunnah berkaitan larangan mandi pada waktu malam. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menjaga kebersihan. Amin.
Wallahua’lam
No comments: