6 Perkara Menarik Masa Kedah Lawan Tai Po FC - MyRating

6 Perkara Menarik Masa Kedah Lawan Tai Po FC

Ini bukan pendedahan biashe biashe, ini pendedahan taraf Asia kepada penyokong Kedah dan bolasepak di Malaysia.

Selesai sudah perlawanan pertama pasukan FA KEDAH di gelanggang keramat sendiri iaitu di Stadium Darulaman Alor Setar dengan kemenangan 5-1 melayakkan FA KEDAH untuk terbang ke Korea Selatan bagi meneruskan aksi seterusnya menentang FC SEOUL di Sadium World Cup Seoul. Mungkin ramai yang tidak perasan banyak perkara menarik dan baharu bagi penyokong dan peminat Helang Merah ini. Mestilah perlawanan level AFC kan.



1. PENGUMUMAN DALAM DUA BAHASA IAITU BAHASA MALAYSIA DAN INGGERIS

Sebelum mulanya perlawanan, selalunya akan ada ucapan selamat datang dan pengumuman line-up para pemain bagi kedua-dua pasukan. Pada malam semalam, pengumuman tersebut di buat dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris. Ya lah international kan? Seperti kebiasaan di Liga Super, semua pasukan Malaysia yang bertanding tak kan lah nak announce dalam bahasa Ingeris kan.

2. SCOREBOARD BAHARU CURI PERHATIAN

Selepas mendapat dana daripada kerajaan negeri untuk proses meng'upgrade stadium, KFA telah mengupgrade kumudahan-kemudahan di stadium seperti menukar scoreboard baharu yang sekian lama dari zaman double treble, seats baharu, meamasang CCTV dan banyak lagi. Tetapi yang lebih mencuri perhatian iaitu scoreboard baharu. Scoreboard dahulu hanya boleh mamaparkan logo dan nombor sahaja, tetapi scoreboard baharu ini mampu mamaparkan line-up para pemain, dan pelbagai bentuk visual yang menarik.



3. TIADA LAGU NEGERI DIMAINKAN HANYA LAGU AFC

Mesti ramai yang berdiri semasa kemasukan para pemain di atas padang kan? Ramai telah bersedia untuk menyanyika lagu negeri, tapi hanya lagu AFC dimainkan. Diingatkan kembali untuk pertandingan kelab peringakat Asia dan International, hanya lagu pertandingan akan dimainkan. Contohnya, macam UEFA Champions League. Hanya lagu pertandingan sahaja dimainkan, lagipun kelab masing-masing tidak ada lagu negeri seperti di Liga Malaysia.



4. PENAMBAHAN LAMPU YANG CERAH MENEPATI SYARAT AFC

Mungkin ramai yang tidak perasaan yang lampu telah ditambah pada kawasan berbumbung dan astaka utama di mana bagi melengkapkan syarat pencahayaan lampu stadium. Jika sebelum ini, pencahayaan lampu stadium hanya menepati syarat Liga Super sahaja. Kalau kita lihat dalam perlawanan semalam, cahaya lampu yang agak terang dari sebelumnya.

5. HANYA YANG BERTIKET SAHAJA DIBENARKAN BERADA DI KAWASAN STADIUM(SECURITY BUFFER ZONE)

Mengikut syarat AFC, tiada sebarang aktiviti jualan yang dibenarkan di kawasan stadium kecuali official dari kelab itu sendiri dan bagi mengikuti piawai pengurusan venue perlawanan menurut manual pertandingan dibawah seliaan AFC, KFA perlu melaksanakan ZON PENAMPAN KESELAMATAN di perkarangan Stadium Darul Aman. Sebarang aktiviti komersial tidak dibenarkan di zon perimeter stadium seperti kecuali BOOTH KFA OFFICIAL MERCHANDISE YANG DIBUKA BERMULA 19 HINGGA 21 JANUARI. Pagar penghadang juga diletakkan di sekeliling stadium dan dikawal oleh petugas keselamatan KFA. Lapang terus kawasan ruang legar di luar stadium melancarkan pergerakan penyokong untuk masuk ke stadium serta ketika tamat perlawanan.



6. PENGADIL LUAR MENGADILI PERLAWANAN

Agak tenang dan terkawal semasa pengadil luar mengadili perlawanan. Referee utama pada malam tersebut merupakan pengadil dari AFC dan pegawai perlawanan daripada Malaysia. Paling menarik apabila 'vanishing spray' seperti yang digunakan di luar negara juga digunakan dalam perlawanan ini semasa sepakan percuma. Ia merupakan yang pertama digunakan pada padang di Stadium Darulaman.

RUMUSAN

Tahniah kepada pasukan FA KEDAH kerana berjaya melangkah ke peringkat yang seterusnya, Segala perubahan yang dibawa oleh KFA di Stadium Darul Aman sangat bagus dan teratur dengan adanya sistem tempat duduk bernumber. Diharapkan juga perubahan ini dinilai semula untuk di bawa semasa saingan Liga Super bermula. Semuanya positif TETAPI ada juga perkara yang merisaukan penyokong, mungkin KFA terlepas pandang dalam hal ini iaitu sistem semasa membeli tiket. Penyokong hanya boleh memilih jenis tiket sahaja dan tidak boleh memilih section mana yang dimahukan, sebaliknya diberikan secara rawak. Seperti Stadium Bukit Jalil, penyokong boleh memilih section yang mereka mahukan. Sistem online yang digunakan Stadium Bukit Jalil juga sama sepertimana yang digunakan di Stadium Darulaman iaitu tickethotline.com.my . KFA juga perlu menyediakan tiket kanak-kanak untuk mengelakkan masalah tempat duduk. Bila kanak-kanak boleh masuk tanpa mengenakan tiket, masalah tempat duduk akan berlaku. Macam malam semalam ada keluarga yang bawa anak kecil tetapi bagi duduk di seats tempat orang yang ada tiket. Jadi masalah akan timbul kepada pemegang tiket.

Kredit : Potret GamingStudioz

No comments:

Powered by Blogger.