Bukan First Time, Ini Kali Ketiga Azizulhasni Awang Berada Di No. 1 Dunia - MyRating

Bukan First Time, Ini Kali Ketiga Azizulhasni Awang Berada Di No. 1 Dunia


Semalam telah diumumkan kedudukan terkini ranking Men Elite Keirin Dunia dan menyaksikan Azizulhasni berada di kedudukan nombor 1 dunia dengan 2,560 mata, lebih 11 mata berbanding Yudai Nitta, pelumba Jepun yang berada di tempat kedua dengan 2,551 mata. 

Di tempat ketiga adalah Vigier Sebastien daripada Perancis dengan jumlah mata 2,347.5 mata. Ini merupakan satu ransangan yang baik kepada The Pocketrocket Man itu menjelang Sukan Olimpik di Tokyo pada 24 Julai hingga 9 Ogos tahun ini. 



Pada 3 September tahun lepas, Azizulhasni berada di kedudukan kedua dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh UCI website tersebut. Pemenang pingat gangsa Olimpik di Rio, Brazil itu mengumpul 2,560 mata pada waktu itu di belakang Nitta Yudai yang mengumpul 2,740 mata.


Sepuluh pelumba Men Keirin Elite yang berada pada kedudukan teratas menurut laman web Union Cycliste Internationale. 

Selain Azizulhasni, ada lagi 13 pelumba Malaysia yang berada dalam kedudukan ranking tersebut. Dalam ranking 1-100, Malaysia ada 4 orang pelumba dan di antara ranking 100-600, Malaysia ada 10 orang pelumba. 

Paling muda adalah Muhammad Ridwan Sahrom yang masih berusia 19 tahun dan berada dalam pasukan Team Azizul. Moga suatu hari boleh gantikan Azizul.


Ini juga merupakan kali ketiga Azizulhasni Awang berada di kedudukan no. 1 dunia dalam acara Men Elite Keirin. Semoga Azizulhasni terus mengekalkan prestasi dan momentum terbaiknya hingga ke Sukan Olimpik demi memburu emas pertama negara. Insyallah. 



No comments:

Powered by Blogger.