Higuon Siow Faktor Penentu Di PRK Kimanis - MyRating

Higuon Siow Faktor Penentu Di PRK Kimanis


HIGUON SIOW MASIH BERBISA - ANALISIS PENUTUP PRK KIMANIS

1. Sebelum balik KK petang ini saya merangkum dan menutup analisis PRK Kimanis dengan menyentuh pengaruh dan peranan Huguon Siow, Tan Sri Pairin Kitingan di Kimanis. Dalam wawancara langsung Bernama TV malam tadi saya tidak sempat sentuh kerana masa agak singkat.

2. Saya berpendapat mengheret nama Pairin Kitingan dalam isu PSS merupakan satu kesilapan strategi. Ia seperti mengejutkan harimau yang sedang tidur. Pairin sebenarnya telah bersara dari politik setelah melepaskan jawatan Presiden PBS setahun lalu. Dia tidak berniat mencampuri urusan politik. Jauh sekali untuk berkempen di Kimanis.

3. Tapi namanya diseru dan diungkit. Seolah-olah kesalahan diletak di bahu bekas Ketua Menteri Sabah itu. Kerajaan Sabah yang ditunjangi parti Warisan mahu mencipta satu tanggapan bahawa kerana Pairin pernah mencadangkan Pas Residen Sabah dalam laporan RCI maka sebab itu PSS diperkenalkan.

4. Sungguhpun PBS, diketuai Presiden Datuk Maximus Ongkili dan beberapa pemimpin KDM lain telah lama berkampung di Kimanis namun pengaruh mereka agak terbatas. Pemimpin KDM dari Warisan seperti Datuk Darrel Leiking, Datuk Peter Anthony dan lain2 yang berjawatan menteri lebih menonjol. Begitu juga dengan TKM Datuk Madius Tanggau dari UPKO. Namun setinggi manapun jawatan pemimpin KDM dari Warisan atau UPKO, mereka tidak dapat menyaingi aura Huguon Siow.

5. Dua hari sebelum pembuangan undi Pairin Kitingan datang ke Kimanis. Ucapannya mendapat perhatian. Masyarakat KDM masih sayang kepada Huguon Siow. Yang mendengar ucapannya. Yang sempat bersalam dan berpeluk dengannya nekad mempertahan maruah pemimpin kesayangan mereka itu.

6. Detik kehadiran Huguon Siow merupakan titik tolak kebangkitan semula rakyat Kimanis khususnya kaum KDM kembali menyokong Barisan Nasional. Walaupun sebenarnya sebelum kehadiran Huguon Siow, jangkaan dan ramalan Warisan telah jauh mendahului dan mengungguli PRK Kimanis.

Setakat ini sahaja analisis PRK Kimanis. Kita berjumpa dalam isu2 lain di masa akan datang. Salam hujung minggu dari Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Dipetik dari Facebook Musli Oli

No comments:

Powered by Blogger.