Posmen Yang Jujur Dapat Hadiah Jersi Bolasepak - MyRating

Posmen Yang Jujur Dapat Hadiah Jersi Bolasepak


Pada tarikh 30 September 2014, Azhar diterima kerja sebagai seorang Posmen. Itulah tarikh yang akan diingati Azhar yang kini sudah menjadi Posmen selama lebih 6 tahun di Pulau Pinang. 

Berikut adalah nukilan Azhar atau lebih dikenali sebagai Azhar Snk di Facebooknya bila diterima masuk kerja sebagai posmen ;

"ALHAMDULILLAH...berkat doa siang mlm akhirnya dpt jgk aku kerja posmen,dan tdk lupa juga kpd enck Azizul Rahman Mohd Shariff yg byk membantu sy untk mendapat pekerjaan ini...(posto posto)" sambil meletakkan gambar baju di atas di atas caption tersebut.



Wajah Azhar ketika mula-mula bertugas di Pos Malaysia. Sekali pandang dah macam Cesc Fabregas dah. Itulah pemain bolasepak pujaan Azhar. Bertugas di Pusat Serahan Pos Bayan Lepas, Pulau Pinang, Azhar juga adalah peminat tegar pasukan bolasepak Arsenal dan pasukan Harimau Kumbang, pasukan Pulau Pinang. 

Azhar Snk adalah seorang yang aktif dalam group Whataspp sukan Pos Malaysia di Bayan Lepas, lebih-lebih lagi bab bolasepak. Sekarang kurang lah sikit sebab Arsenal sudah berada di tangga ke-10 liga. Cakap lebih nanti kena troll pulak kan.

Kalau ada team Pos Malaysia dari negeri lain yang nak friendly match, boleh terus PM Inbox Azhar Snk di Facebook. Barangkali pasukan kendalian Coach En Khairul dari Melaka sesuai berentap dengan pasukan Azhar Snk ini. Pasukan Manchester United (Khairul) vs Arsenal (Faizal Snk). 

Kisah mengenai pasukan Khairul ini sudah ditulis sebelum ini : Baca pautan ini

https://myratiing.blogspot.com/2020/01/posmen-putus-kaki-bangkit-semula.html





Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap bolasepak dan juga pasukan Pulau Pinang, Azhar Snk telah dihadiahkan jersi pasukan Harimau Kumbang itu oleh salah seorang penduduk di kawasan Azhar Snk bertugas. 

Inilah contoh Posmen yang jujur dan disayangi rakyat. Mereka sayang dan kenal siapa Posmen yang bertugas di kawasan mereka. Sampai tahu Posmen itu minat pasukan apa dalam bolasepak. Siap hadiahkan lagi jersi bolasepak pada Posmen itu. 

Tahniah dan teruskan tugas sebagai Posmen ini kepada rakyat. Mungkin selepas ini ada lagi hadiah jersi pasukan Arsenal untuk Azhar Snk. Siapa tahu, orang yang jujur ini murah rezeki. 

Jujur dan amanah ini sifat yang sudah sebati dan ada dalam sanubari setiap orang Posmen. Memang itulah jatidiri sebenar dan nilai murni yang ada pada setiap Posmen.

Tahniah Abam-Abam Posmen. Selamat bertugas. 


No comments:

Powered by Blogger.