Pelbagai Alasan Timbul Kenapa Liverpool Kalah Semalam - MyRating

Pelbagai Alasan Timbul Kenapa Liverpool Kalah Semalam


Hingga minit ke 93, Liverpool mendahului dengan kelebihan 2-0, agregat 2-1 berbanding Atletico Madrid. Namun semua itu berkecai bila bekas penyerang Real Madrid, Marcos Llorente (berusia 25 tahun) menghancurkan segalanya pada minit 97 dan minit ke 105. 

Gol-gol yang masuk dalam jarak masa minit 97 dengan 120 (13 minit) memang nampak sangat salah defend dan juga goalkeeper. Kesilapan yang terus menghukum keluar Liverpool dari saingan Champions League. Juara bertahan kalah di tempat sendiri kepada pasukan beruang dari Sepanyol. 



Namun begitu, bekas Mufti dan juga Menteri Agama sekarang cuba menenangkan penyokong Liverpool dengan mengesyorkan agar penyokong Liverpool bersabar serta terus memberi sokongan kepada The Reds. Ini satu kata-kata yang penuh motivasi buat semua penyokong Liverpool. Bulan Mac ini banyak sungguh Liverpool kalah, termasuk yang ini sudah empat kali. 

Sejak budak berusia 10 tahun yang merupakan peminat tegar Manchester United menulis surat agar Liverpool jangan menang lagi, semacam ada satu sumpahan pula kepada pasukan Liverpool. Asyik kalah sahaja selepas surat itu diutuskan kepada Liverpool. Apakah ini sumpahan budak kecil berusia 10 tahun itu?


Ada juga yang membuat teori Liverpool sengaja ja nak kalah sebab tak nak terlibat dengan Covid19. Begitulah teori yang dibuat oleh Zack Rahim yang dipercayai penyokong Setan Merah. 

Ujarnya Liverpool kalah kerana "health and safety reason". Nampak sangat ayat nak troll kan? Apa pun kalau Liverpool kalah semua games pun dalam EPL, Manchester United takkan boleh potong Liverpool dah. Itu adalah faktanya. Oleh itu, jangan seronok sangat wahai penyokong Man United sekalian. 


No comments:

Powered by Blogger.