Kisah Pemimpin Pelajar UiTM, Dari Padang Besar Ke Putrajaya - MyRating

Kisah Pemimpin Pelajar UiTM, Dari Padang Besar Ke Putrajaya



Kalau tanya orang Padang Besar siapa Tok Di, mereka semua pasti akan kenal. Oranya cukup mudah mesra dengan rakyat, mudah berkira dan senang didampingi oleh orang-orang kampung. 

Datuk Zahidi Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai nama "Tok Di" adalah pemimpin dari akar umbi. Diasuh sebagai pemimpin sejak belajar di UiTM Shah Alam lagi. Menurut seorang AJK UMNO Bahagian Padang Besar, Cikgu Zul, Datuk Zahidi memang aktif sejak menjadi pemimpin pelajar ketika di UiTM lagi. 

Bakatnya itu kemudian semakin terserlah bila beliau bersama-sama membantu Pak Lah ketika itu untuk mendampingi golongan belia dan orang-orang muda. Mula aktif politik dengan menjadi ahli UMNO di Cawangan Kampung Aman RTP, menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian, kemudian Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan kemudian menjadi Ketua UMNO Bahagian Padang Besar pada tahun 2004, antara Ketua UMNO Bahagian yang paling muda ketika itu di Malaysia. 



Bintang Tok Di kemudian makin menyinar bila diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim pada tahun 1999 hingga tahun 2001. Datuk Zahidi juga dalam tempoh yang sama menjadi ADUN Beseri Perlis antara tahun 1999 hingga tahun 2004. 

Kemudian menjadi Ahli Parlimen Padang Besar Perlis pada tahun 2013 hingga kini. Pelantikan Datuk Zahidi sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Komunikasi & Multimedia merupakan satu pengiktirafan besar kepada seluruh pengundi dan rakyat Padang Besar Perlis. 

Sesatunya wakil rakyat dari Perlis yang terpilih dalam Kabinet kali ini sebagai Timbalan Menteri. Orang kampung di Padang Besar begitu berbangga kerana ada wakil mereka kini berada di Putrajaya. Tiada siapa menduga, pemimpin pelajar dari UiTM dan GPMS ini kini sudah bergelar Timbalan Menteri di Putrajaya. 

Tahniah Tok Di !!! Selamat bertugas untuk rakyat. 

No comments:

Powered by Blogger.