Liverpool Sengaja Je Bagi Kalah Dengan Watford, Tahu Tak Sebab Apa? - MyRating

Liverpool Sengaja Je Bagi Kalah Dengan Watford, Tahu Tak Sebab Apa?



Jangan seronok sangat ye wahai fan fan Arsenal dan Manchester United. Kalau campur point Manchester United (42 mata) dengan Arsenal (37 mata) pun masih tak boleh Liverpool lagi, baru 79 point sama dengan point Liverpool sekarang. 

Kenapa fan Arsenal seronok sangat bila Liverpool kalah? Seronoklah sebab tak boleh potong dan padamkan rekod Arsenal sebagai skuad yang tidak terkalah dalam satu season. Kalau ikut bawah ini, Liverpool mungkin boleh kekalkan rekod 21 perlawanan menang berturut turut di tempat sendiri bila lawan Bournemouth pada 7 Mac nanti. 


Fan fan Liverpool rileks je sebab Klopp pernah sebut yang Liverpool tak kisah sangat bab rekod rekod ni. Betul gak tu kalau Klopp ambil port pasal rekod dah pasti Kloop turun skuad terbaiknya dalam Piala FA. Siapa yang tahu sejarah kebangkitan Liverpool di zaman Klopp tidak akan berani troll kekalahan 0-3 kepada Watford ini. 

Macam ada games dalam games sahaja kekalahan itu. Mungkin Klopp sengaja turunkan Lovren di bahagian defend. Gaji Lovren pun sekarang ni 100,000 pound seminggu, lagi mahal dari Joe Gomez, Allison, Alexander Arnold dan Robertson. Mungkin Klopp sengaja game kan Lovren untuk jual mamat ni. 

Banyak sangat error yang dia buat masa lawan Watford ni. Itu satu teori. Satu kemungkinan lagi, Liverpool hanya perlukan 12 mata lagi untuk menang. Buat apa nak kalut kalut, lebih baik celebrate kemenangan itu dengan kalahkan Manchester City pada 5 April 2020 nanti. 

Itu lebih manis. Jadi jangan seronok sangatlah wahai fan fan Manchester United dan Arsenal, korang semua terkena games je. Sengaja je Klopp nak bagi 3 point pada Watford. 

No comments:

Powered by Blogger.