Khidmat Pos Malaysia Adalah Yang Paling Jimat & Murah Di Malaysia - MyRating

Khidmat Pos Malaysia Adalah Yang Paling Jimat & Murah Di Malaysia


Biarpun ada kenaikan pada kadar tarif mulai awal bulan ini, kadar tarif yang ditawarkan oleh Pos Malaysia kepada rakyat sebenarnya adalah yang terendah, terjimat dan murah sekali berbanding perkhidmatan penghantaran barang yang lain. 

Di antara 119 syarikat penghantaran barang yang telah diluluskan oleh MCMC, harga yang ditawarkan oleh Pos Malaysia adalah yang paling terendah. 

Pos Malaysia juga menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk usahawan yang terlibat dalam e-commerce. Dengan ciri-ciri track & trace menjadi antara teras penting dalam khidmat penghantaran barang Pos Malaysia. Selain itu, Pos Malaysia juga sedang mempertingkatkan beberapa ciri-ciri tambahan seperti proof of delivery dan compensation sebagai pilihan baru dalam industri e commerce. 



Penghantaran Dalam Negeri - barang bawah 500 gram

Kadar tarif yang ditawarkan oleh Pos Malaysia (e-commerce) untuk barang bawah 500 gram untuk penghantaran dalam negeri adalah serendah RM4.60. Barang Pos Laju pula bagi dalam negeri adalah RM6.59. 

Berbanding G-Dex yang tawarkan harga RM12.97, J&T Express yang kenakan RM8.48, City Link Express RM8.50, Nationwide Express RM7.00 dan ABX RM8.48. 

Penghantaran Antara Negeri - barang 1 kilogram

Kadar tarif yang ditawarkan oleh Pos Malaysia (e-commerce) untuk barang 1 kilogram untuk penghantaran antara negeri adalah serendah RM7.10. Barang Pos Laju pula bagi dalam negeri adalah RM9.91

Berbanding G-Dex yang tawarkan harga RM12.97, J&T Express yang kenakan RM12.72, City Link Express RM19.90, Nationwide Express RM14.00 dan ABX RM8.48. 



Penghantaran Antara Negeri - barang 2 kilogram

Kadar tarif yang ditawarkan oleh Pos Malaysia (e-commerce) untuk barang 2 kilogram untuk penghantaran antara negeri adalah serendah RM9.60. Barang Pos Laju pula bagi dalam negeri adalah RM15.21

Berbanding G-Dex yang tawarkan harga RM15.45, J&T Express yang kenakan RM14.84, City Link Express RM36.90, Nationwide Express RM28.00 dan ABX RM10.18. 

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia gunakanlah khidmat Pos Malaysia (e-commerce) yang ternyata memberikan penjimatan yang amat besar kepada semua rakyat. 



No comments:

Powered by Blogger.