Siapa Barisan Kabinet Baru Perikatan Nasional? - MyRating

Siapa Barisan Kabinet Baru Perikatan Nasional?



Kalau boleh diumpamakan seperti line up pasukan bolasepak, bolehlah diimaginasikan pasukan Pakatan Harapan dulu yang coachnya (Perdana Menteri) adalah Tun Dr Mahathir mempunyai pasukan seperti di atas. 

Khalid Samad dan Syed Saddiq di letakkan di bahagian forward kerana mereka rajin mengeluarkan statement untuk menyokong Pakatan Harapan hingga ke hari-hari terakhir Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Mat Sabu pula diletakkan sebagai goalkeeper kerana peranannya sebagai Menteri Pertahanan. 

Cuma kelemahan utama line up PH dulu adalah di barisan pertahanan tepi dan wing kiri iaitu Lim Guan Eng. Banyak serangan serangan yang dibuat Guan Eng tumpul dan tidak menjadi. Mujahid pula sebagai support sticker gagal memberikan assist Rahmatan Lil Alamin kepada sticker di atas. 

Di bahagian pertahanan pula banyak bolos, dua pasangan Din sering dibolosi dengan gol yang begitu banyak sekali hinggakan membuat coach cemuih melihat pasukan ini dan terus meletak jawatan pada 24 Februari 2020.



Barisan Kabinet baru Perikatan Nasional akan diumumkan pada jam 5 petang ini, berikut adalah ramalan first eleven yang bakal anggotai kabinet baru ini. 

Di bahagian serangan pastinya menakutkan jika Ahmad Maslan dipilih sebagai Menteri Komunikasi, bertubi-tubi asakan akan datang kepada PH. Begitu juga dengan ahli-ahli parlimen PAS yang diberikan peranan di bahagian serangan, pasti akan menyuntik moral yang tinggi untuk semua ahli ahli PAS di seluruh negara. 

Pak Wan dijangka akan menjadi goalkeeper untuk menahan semua asakan ini. Manakala Ismail Sabri dan Fadillah Yusof dijangka akan melakukan banyak assist untuk jaringan jaringan awal Perikatan Nasional. Mungkin inilah Line Up kabinet yang bakal diumumkan oleh coach baru Perikatan Nasional. 

Moga dapat kembalikan semula kegemilangan dan nama pasukan di persada dunia. Stadium sudah lama kosong dan sunyi dari riuh rendah penyokong. Ramai penyokong marah dengan pasukan yang lepas, inilah pasukan yang akan kembalikan semula keceriaan di hati semua penyokong. 

Buatlah yang terbaik untuk Malaysia. 

Apa yang dicoretkan ini sekadar imaginasi sahaja, jangan kecil hati ya. 

No comments:

Powered by Blogger.