Ada Scammer Menyamar Jadi Wakil Pos Malaysia - MyRating

Ada Scammer Menyamar Jadi Wakil Pos Malaysia


Bermacam-macam dugaan sungguh kepada abam abam Posmen dan Pos Laju ketika musim Covid19 ini. Beberapa hari lepas ada audio fitnah kata Posmen positif Covid19, sebelum itu ada Whatsapp tersebar kata jangan ambil surat daripada Posmen kerana takut ada virus Covid19. 

Kali ini ada pula scammer yang menyamar jadi wakil Pos Malaysia atau Pos Laju. Scammer ini meminta data peribadi daripada pengguna kononnya untuk kesan bungkusan. 

Pos Malaysia tidak buat kerja sebegitu untuk kesan bungkusan. Pos Malaysia boleh trace menerusi apps atau di portal Pos Malaysia.

Hanya scammer sahaja buat kerja minta data peribadi ni. Berhati-hatilah, jangan terpedaya dengan scammer ini.


No comments:

Powered by Blogger.