Gaji Lumayan Di Pasar Borong Selayang
"Ini peluang terbaik bagi warga tempatan kita yang menganggur Dan cari kerja. Rebutlah peluang INI. Aku baca dalam paper. Mereka sanggup bayar sampai rm100 sehari. Kerja malam jam 12-8 pagi je. Hubungilah mereka. Atau pi terus jumpa pemborong di selayang market. Kita tak boleh pilih sangat kerja time darurat covid 19 melanda.
Kita jangan asyik marah kan warga asing saja. Mereka berlambak di sini sebab warga kita tak rebut peluang pekerjaan di pasar borong.
Percayalah cakap aku. Kalau Hari ni hangpa masuk jadi tukang angkut sayur ke Lori lambat laun hangpa juga akan ada peluang jadi tokeh. Sebab kita warga tempatan. Siapa nak tahan kita. Selagi usaha ada kita Melayu India Cina boleh berjaya. Kita bersaudara bukan. Sama - sama cari rezeki bukan bagi kat warga asing. Amin" ujar seorang netizen di media sosial
Lebih 400 peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang dekat sini, memerlukan hampir 3,000 pekerja tempatan untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.
Ia berikutan mereka berdepan kekurangan tenaga kerja kritikal, susulan kebanyakan pekerja adalah warga asing, tinggal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sekali gus tidak dibenarkan bekerja di pasar borong itu.
Setiausaha Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Law Tek Kim, memberitahu peniaga sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur memerlukan sekitar 2,000 pekerja untuk membantu memunggah sayur daripada lori serta menghantarnya ke kedai.
"Sekarang memang tak cukup pekerja dan kalau boleh kami mahu cari pekerja tempatan dengan bayaran gaji sekitar RM80 sehari, dan bekerja dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
"Pekerja ini diperlukan untuk membawa sayur turun dan naik daripada lori, menyusun sayur di kedai atau menghantar sayur yang dijual kepada pelanggan.
"Namun, rakyat tempatan yang mahu bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif dahulu, sebelum boleh diberikan pas masuk ke kawasan ini," katanya kepada BH, hari ini.
Tek Kim berkata, kekurangan pekerja yang dialami semua pemborong di situ, menyebabkan mereka terpaksa meminimumkan bekalan sayur yang diambil dari ladang, menyebabkan jumlah sayur yang dijual di pasar borong itu ketika ini terhad.
"Bekalan memang banyak, tapi disebabkan tiada pekerja dan bimbang tak dapat jual dan hantar kepada ramai pelanggan, kami terpaksa hadkan jumlah sayur dari ladang.
"Contohnya, dulu saya ada enam pekerja dan mampu jual 200 kotak sayur sehari. Sekarang hanya saya dan adik,
jadi hanya mampu urus dan jual antara 80 hingga 100 kotak sehari," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock, berkata peniaga ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur memerlukan sekitar 700 pekerja ketika ini.
Jelasnya, mereka sanggup membayar RM2,000 sebulan kepada pekerja tempatan yang bekerja memunggah barangan dari lori dan menghantar ikan yang dijual, dari jam 11 malam hingga 8 pagi, berbanding pekerja warga asing yang dibayar antara RM50 hingga RM70 sehari.
"Warga tempatan didahulukan untuk bekerja dengan kami, khususnya daripada golongan B40 dan sedang bekerjasama dengan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran untuk mencari warga tempatan B40 untuk bekerja dengan kami.
"Kalau pekerja tempatan sanggup buat kerja-kerja ini yang kotor, busuk, basah dan berat, kami tidak perlu cari pekerja warga asing," katanya yang sudah memaklumkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai kekurangan itu.
Mengulas kesan kekurangan pekerja itu, Kian Hock memberitahu, hanya 10 peratus daripada 168 kedai ikan dibuka di Pasar Borong Kuala Lumpur ketika ini kerana masalah itu, menyebabkan jumlah bekalan yang amat terhad kepada pelanggan.
"Saya pun tak boleh paksa peniaga buka kedai kerana mereka terpaksa bawa turun ikan seberat 100 kilogram daripada lori secara sendirian tanpa pekerja pemunggah," katanya.
No comments: