Perang Melawan Covid19, Malaysia Dipimpin Oleh Jeneral Perang Yang Betul - MyRating

Perang Melawan Covid19, Malaysia Dipimpin Oleh Jeneral Perang Yang Betul


Hari ini semua rakyat Malaysia masuk hari kedua dalam fasa ke-4, PKP. Bila dihitung kesemua, sudah 44 hari rakyat Malaysia bersabar dan patuh arahan dengan penuh disiplin di rumah.

Sejak semalam, PKP fasa empat membuka sedikit ruang untuk pelajar di kampus pulang ke rumah merek. PKP fasa empat juga membuka ruang untuk isteri menemai ketua keluarga membeli barang. Maka kebarangkalian untuk memasak resepi apa tidak jadi hari ini makin berkuranglah dengan peraturan baru ini.

Kalau ikut jumlah jam, sudah lebih 1000 jam rakyat Malaysia #StayAtHome. Amat berbaloi sekali pengorbanan itu kerana angka-angka kes Covid19 di Malaysia sudah mulai positif.

Rantaian telah diputuskan bila semua berada di rumah dan lakukan social distancing bila berada di luar rumah.

Pada 10 Mac 2020, ketika YB Menteri Kesihatan mengangkat sumpah sebagai Menteri, Malaysia berada di tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi dan berada kedudukan pertama di Asean.

Kini pada 30 April 2020, selepas 50 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-48 dunia. Turun 30 tangga di dunia. Malaysia juga bukan lagi berada pada tangga pertama kes paling tinggi di Asean, kini sudah berada tempat 4 di ASEAN.

Sehingga semalam juga seramai 4,087 orang sudah sembuh dan keluar dari hospital. Kadar sembuh ini adalah sejumlah 68.75%, antara yang tertinggi di dunia.

Semalam juga, kes baru melibatkan rakyat Malaysia hanya 22 kes sahaja, selainnya adalah warga asing melibatkan 94 kes secara keseluruhannya.

Malaysia mengekalkan jumlah kes bawah 100 selama 13 hari berturut-turut sejak 17 April yang lepas. Malah kes sembuh melebihi kes baru pada setiap hari sejak dari tarikh itu. Ini satu pencapaian yang baik.



Pencapaian yang baik ini tidak dicapai dalam.sekelip mata, perlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan. Malaysia kini dipimpin oleh Jeneral dan Panglima perang yang betul dalam memerangi Covid19.

Malaysia dibawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Sri Dr Adham Baba selaku Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan, frontliners, backliners dan seluruh jentera KKM telah melakukan sesuatu yang betul untuk negara ini.

Terima kasih semua. Malam ini kita nyalakan lampu biru sebagai tanda terima kasih kepada frontliner kita.

Insyallah
#KitaMestiMenang

No comments:

Powered by Blogger.