Sungai Melaka : Dulu Seperti Teh Tarik, Kini Jernih & Bersih - MyRating

Sungai Melaka : Dulu Seperti Teh Tarik, Kini Jernih & Bersih


Alhamdulillah, ada hikmahnya juga PKP ini yang sudah berlangsung selama 38 hari ini di negara kita ini. Alam sekitar mulai menampakkan dirinya yang sebenar. Baru-baru ini viral di media sosial gambar Sungai Melaka yang nampak jernih dan bersih. Tidak lagi berwarna teh tarik seperti dulu.



Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali hari ini menyeru semua pihak termasuk orang ramai supaya mengekalkan kecantikan Sungai Melaka yang kelihatan bersih dengan airnya berwarna kehijauan, seperti tular dalam media sosial ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.



“Keadaan ini (Sungai Melaka bersih) berikutan pertamanya tiada aktiviti seperti sebelum penularan COVID-19 berlaku di persekitaran dan sepanjang Sungai Melaka akibat PKP; kedua di hulu Sungai Melaka juga segala aktiviti tidak rancak berlaku akibat itu.


“Ketiga segala aktiviti perjalanan bot persiaran tidak lagi beroperasi seperti biasa di sepanjang sungai itu dan keempat bot persiaran menggunakan bahan bakar diesel dan sistem penyejukan enjin juga menjadi punca pencemaran kepada air sungai,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

No comments:

Powered by Blogger.