Posmen Kenakan Pakaian Beragam Hantar Surat Semasa PKP - MyRating

Posmen Kenakan Pakaian Beragam Hantar Surat Semasa PKP


UNITED KINGDOM: Jon Matson, 39, bertugas sebagai posmen. Sejak pandemik Covid-19 yang menyaksikan penduduk dunia terpaksa diarah menjalani PKP, dia memakai pakaian serbaneka sepanjang tugasannya menghantar surat kepada orang ramai. Tujuannya untuk menaikkan semangat mereka semua semasa PKP ini.

Matson bekerja dengan Royal Mail empat tahun dan sepanjang PKP ini dia mengambil keputusan memakai pakaian serbaneka bagi menghiburkan penduduk di kawasan tempatnya menghantar surat dan bungkusan.

Sejak seminggu lalu, ayah kepada dua anak ini dilihat memakai pelbagai jenis pakaian yang mencuit hati di Boldon.

Adakala dia berpakaian menyerupai Little Bo Peep dan adakala dia menjadi tentera Greek.

Matson mendapat izin memakai pakaian serbanekanya daripada majikannya dengan syarat dia memakai tag nama dan kasut syarikat.

Menurut Matson dia memahami situasi dialami mereka yang sedang menjalani PKP.

“Semua orang berasa tidak stabil sekarang ini dan saya merupakan satu-satunya orang luar yang berjumpa dengan mereka, ekoran itu saya mahu melihat mereka senyum dan ketawa apabila melihat saya. Sedikit banyak ia membantu menghilangkan tekanan berada di rumah sepanjang waktu,” katanya.



Menurut Matson pertama kali dia keluar berpakaian sedemikian, reaksi positif orang ramai yang begitu gembira dengan penampilannya menyebabkan dia teruja untuk terus memberi semangat kepada mereka.

Apabila perbuatannya menjadi tular di media sosial, orang ramai kini sentiasa menunggu kedatangannya setiap hari.

No comments:

Powered by Blogger.