Pegawai Bank Yang Didakwa Curi 1 Sen Mahu Buat Filem Kisah Sebenarnya - MyRating

Pegawai Bank Yang Didakwa Curi 1 Sen Mahu Buat Filem Kisah Sebenarnya


Kira-kira 20 tahun lalu Malaysia digemparkan dengan kisah seorang pegawai Hock Hua Bank, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, berusia 24 tahun yang didakwa memiliki kereta mewah kerana mencuri 1 sen duit pelanggan.

Hari ini, pegawai bank yang didakwa mencuri wang pelanggan dengan cara menggodam sistem sebanyak 1 sen setiap hari hingga mencecah RM41 juta pada awal 90-an lalu akan mengeluarkan buku mengenai kejadian sebenar.

Lelaki yang dikenali Aman Shah itu memaklumkan, sudah tiba masanya netizen berhenti bercerita mengenai 1 sen berkenaan kerana kejadian itu sebenarnya tidak berlaku.



" Aman Shah 1 sen"..hahaha.. sudah sampai masanya netizen berhenti bercerita saya curi 1 sen..ingat muka 1 sen ke..hahaha.

“Nak tau sgt cerita , nanti tunggu buku saya diterbitkan dan baca berapa sen sebenarnya saya ambik ..hehehe..ada kata pakai google pixel phone rompak duit 1 sen tu..mabuk ke apa.

“Jalan yang saya pilih adalah jalan yang saya percaya.. aku hanya menjawab kepada Allah,” katanya menerusi kemaskini di grup Facebook Jabatan Netizen Negara Official.

Setakat jam 9.45 malam tadi kenyataan yang dimuat naik itu mendapat lebih 3,000 like, 1,200 ribu komen dan 518 perkongsian.


Sebelum ini, lelaki yang mengemparkan negara itu menafikan dia mengambil satu sen daripada tiap-tiap akaun pelanggan.

Menerusi akaun Facebook Aman Shah, lelaki itu menjelaskan di setiap komen pengguna Facebook selepas kisah itu ditulis semula di sebuah portal pada awal bulan lalu.

Antara komen Aman Shah seperti “Saya sedar saya membuat orang tertanya-tanya, maka saya sudah terangkan secara ringkas saya tak pernah ambil duit 1 sen pun daripada tiap-tiap akaun pelanggan.

“Apa yang dikesal sudah terjadi tetapi kekesalahan saya lebih menusuk jiwa sampai sekarang iailah apabila saya berhadapan dengan Allah di tanya kenapa saya menyalahgunakan ilmu di dalam otak saya.

“Hukuman di dunia sudah saya jalani, antara saya dan Allah teramat berat,” jelasnya.

Beliau juga turut memaklumkan kisah sebenar kejadian berkenaan akan difilemkan pada masa akan datang.

“Astro Shaw nak buat filem saya..nanti tengok ye..saya tak curi 1 sen pun duit pelanggan bank,” katanya.

Menerusi mesej perbualan di Facebook yang tular, Aman Shah menyatakan dia akan menjelaskan kepada orang ramai kisah sebenar yang berlaku.

“Saya dah baca macam-macam artikel...yang saya paling tak paham kenapa mereka menuduh saya curi duit klien bank 1 sen..tidak pernh berlaku hal 1 sen ni pun seperti yang berlegar-legar dalam internet.

“Ada yang betul tetapi banyak yang salah. Saya ingat satu hari saya jelaskan kepada public apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.