Zakir Naik Puji Ketaatan Umat Islam Di Malaysia
Meskipun pernah didesak untuk dihantar pulang ke India, namun Dr Zakir Naik, seorang pendakwah prolifik meluahkan rasa senangnya terhadap negara Malaysia.
Dalam satu video, Zakir mengakui pernah ditawarkan oleh beberapa negara Islam lain untuk diberikan perlindungan namun memilih Malaysia atas beberapa faktor.
“Selepas melihat kepada pro dan kontra, saya memilih Malaysia kerana saya rasakan ia yang terbaik.
“Hampir semua negara Islam di dunia mempunyai masalah dan Malaysia merupakan negara terbaik di antara negara-negara Islam yang bermasalah, dan juga negara Islam terbaik dari yang tersedia untuk seseorang itu menetap.
“Putrajaya sebuah bandar yang terbaik di Malaysia, di mana ia bebas dari minuman keras dan hiburan malam membolehkan masyarakat Islam menjalani kehidupan agama dengan baik,” katanya sebagai menjawab soalan dari sebuah program wawancara.
Malaysia, ujarnya jauh dari zon perang tidak seperti negara-negara Islam yang lain, bahkan tidak mudah dipengaruhi dengan unsur negara Barat.
Bahkan Zakir turut memuji masyarakat Islam di negara ini yang taat kepada tuntutan agama.
“Walaupun Malaysia bukan di dalam negara-negara Arab, tetapi ketaatan orang Islam di Malaysia jauh lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang Islam di India, Pakistan dan Bangladesh.
“Misalnya saya boleh berjumpa dengan umat Islam yang menunaikan solat berjemaah di masjid…,” katanya lagi.
Zakir sebelum ini dikecam masyarakat dunia kerana ‘menyokong’ keganasan Osama bin Laden terhadap Amerika Syarikat dan mengesyorkan hukuman berat terhadap golongan homoseksual dan mendesak hukuman mati terhadap mereka yang keluar Islam.
Dia juga dikehendaki oleh negara asalnya, India bagi pertuduhan penggubahan wang haram dan didakwa menyebarkan ucapan berunsur kebencian dan.
No comments: