Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan, Banyak Diskaun Untuk Rakyat - MyRating

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan, Banyak Diskaun Untuk Rakyat


Jika bil elektrik sebulan 300kWj ke bawah pada April, Mei dan Jun akan menikmati bekalan elektrik percuma. Seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah akan mendapat manfaat. 

Keseluruhan kos Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan ini bernilai RM942 juta untuk rakyat Malaysia. Dana bantuan Prihatin ini dibiayai kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad. 




Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Secara keseluruhan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan itu akan memanfaatkan 7.66 juta pengguna elektrik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bantuan itu, katanya, adalah tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.

"Dengan pelaksanaan bantuan ini, jumlah diskaun yang diberikan kepada pengguna elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, TNB setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik hingga 30 September ini.

No comments:

Powered by Blogger.